Rutin harian yang boleh mengendurkan payudara

0
20

HEY gadis, beri perhatian! Tahukah anda, terdapat beberapa rutin harian yang sering anda amalkan mampu menyebabkan payudara anda cepat mengendur? Benar, payudara kendur menyebabkan anda tampil lebih berusia berbanding umur sebenar. Justeru, berikut merupakan perkara yang perlu dielakkan supaya payudara anda kekal tegang:

1) Mengenakan saiz bra yang salah dan mengenakan bra
Err… keliru? Menurut kajian, bra yang tidak menyokong payudara boleh menyebabkan aset anda cepat mengendur. Jadi, pastikan saiz bra sesuai dengan saiz payudara. Dalam pada itu, sebuah kajian yang dijalankan selama 15 tahun membuktikan, wanita yang tidak memakai bra mempunyai payudara yang lebih tegang berbanding yang mengenakan bra. Pilihan ditangan anda.

2) Kurang minum air
Ada sebab mengapakah air digelar sebagai minuman paling magis. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit anda menjadi kasar dan mengecut, bukan setakat pada bahagian wajah, tetapi pada keseluruhan badan.

3) Payudara terdedah pada matahari
Suka mengenakan baju tanpa lengan dengan bukaan pada bahagian dada ketika musim panas? Oleskan krim pelindung sinar UV pada bahagian payudara yang terdedah supaya dapat mengelakkan penuaan pra-matang serta kekenduran.

4) Anda merokok
Sebuah kajian mendapati, tabiat merokok boleh menyebabkan kekenduran payudara. Bagaimana? Kandungan bahan kimia dalam asap rokok berupaya memecahkan elastin, elemen penting yang memberikan keremajaan pada kulit.

5) Berat badan naik dan turun dengan mendadak
Jika anda gemar mengamalkan diet yo-yo, payudara anda akan menderita. Kekenyalan kulit (elasticity) akan hilang jika ia diregang dengan mendadak. Jadi, apabila berat badan anda turun, bahagian tubuh yang akan mengecil dahulu adalah payudara, kerana ia dipenuhi dengan lemak.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini