Pulau Mantanani khazanah terpencil Sabah

0
88

PERCUTIAN ke pulau merupakan eskapisme impian kebanyakan orang. Langit yang terbentang luas, kebiruan pantai, deru nyaman sang bayu – segalanya tentang pulau sungguh mendamaikan.

mantanani5

Persoalannya, ke manakah harus dituju untuk percutian impian ini? Pulau Maldives atau Bora-Bora? Tidak keterlaluan jika dikatakan keindahan pulau-pulau di Malaysia adalah setara atau mungkin lebih indah berbanding pulau-pulau popular yang sering meniti di bibir majoriti penyelam dan pelancong.

Sabah misalnya merupakan destinasi percutian menarik pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa yang ingin menikmati keindahan pulau sambil meneroka khazanah lautan menerusi aktiviti menyelam atau snorkeling.

Antara pulau terkenalnya adalah seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Pulau Mataking. Bagaimanapun, terdapat sebuah lagi pulau yang tidak kurang hebatnya dan mempunyai potensi untuk menjadi sebuah pulau peranginan ternama dalam kalangan pelancong.

IMG-20160111-WA0029

Pulau Mantanani terdiri daripada tiga buah pulau kecil iaitu Mantanani Besar, Mantanani Kecil dan Linggisan. Terletak di daerah Kota Belud, perjalanan ke pulau ini mengambil masa selama satu jam dari bandar Kota Kinabalu.

Setibanya di Jeti Kuala Abai, perjalanan dengan bot akan mengambil masa selama 45 minit. Adakah waktu perjalanan hampir dua jam ke pulau ini berbaloi?

“Wah….” atau “Wow!” adalah antara perkataan yang mungkin anda sebut saat anda menghampiri pulau ini. Airnya yang berwarna hijau zamrud dan biru sedia untuk menyambut kedatangan pelancong. Kejernihan air lautnya membolehkan anda melihat hidupan laut dari bot tanpa perlu menyelam.

mantanani3

Kegembiraan dan keterujaan terpancar ketara di wajah pelancong ketika menjejakkan kaki ke pulau ini. Bagaikan anak kecil yang teruja dapat bermain di taman permainan paling menyeronokkan.

Hanya terdapat sebilangan kecil pusat peranginan di pulau ini bagi memelihara dan mengekalkan keindahan semula jadi. Antara pusat peranginan yang terdapat di pulau ini ialah Palm Beach Pulau Mantanani.

Bermula pada tahun 2013, dahulunya ia hanya menawarkan pakej sehari ke pulau. Kini pelancong boleh bermalam di pulau tersebut.

mantanani2

Terdapat 23 bilik penginapan yang boleh memuatkan 50 orang pengunjung. Empat jenis penginapan untuk bermalam yang disediakan ialah Turtle House, PB House, Lingisan Chalet dan Dugong Chalet.

Pakej menyelam pula terbahagi kepada penyelam berlesen dan tidak berlesen. Pelancong juga ditawarkan pakej snorkeling. Kedua-dua pakej ini termasuklah penyediaan makanan dan pengangkutan dari bandar Kota Kinabalu sehingga ke Pulau Mantanani.

Palm Beach juga bukan hanya menyediakan pakej untuk menyelam, malah ada pengunjung yang mengadakan mesyuarat dan bengkel di pulau ini. Antara pelancong yang pernah menginap di Palm Beach ialah selebriti antarabangsa iaitu Datuk Michelle Yeoh.

mantanani4

Bukan sahaja menyediakan penginapan dan pakej menarik, Palm Beach juga menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan mengadakan program 1 Azam dan E-Kasih di mana ia merupakan program dengan kerjasama kerajaan untuk melatih rakyat miskin di sekitar sabah untuk menjadi master diver.

Justeru, bukan sahaja pelancong yang memilih ke pulau ini dapat menyumbang kepada industri pelancongan malah membantu rakyat miskin untuk mengubah nasib mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Palm Beach, Pulau Mantanani layari laman www.palmbeachmantanani.com.

Artikel & foto sumbangan: Wan Azfarozza

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini