Perlahankan proses penuaan dengan makanan

0
37

HARI tua itu pasti datang. Namun, ketika menyelusuri kehadiran saat itu, pastinya anda mahukan sebuah transisi yang sempurna, tanpa perlu berbelanja lebih di salon kecantikan mahu pun spa. Mungkin anda ada mengambil suplemen tambahan atau minuman kesihatan, bagaimanapun, ia tidak mencukupi untuk memperlahankan proses penuaan dan mengekalkan kecantikan tubuh dari dalam.

Justeru, anda mungkin boleh menambah beberapa makanan yang Pepatung senaraikan di bawah agar setiap nutrien yang diperlukan untuk kekal cantik dan muda dapat diserap oleh tubuh melalui pengambilan makanan anda.

Tomato
Kandungan lycopene di dalam tomato mampu melawan kerosakan yang berlaku atas kehadiran radikal bebas, yang membawa kepada masalah kulit kering dan tidak bermaya.

Avokado
Pengambilan avokado mampu memberikan kelebihan keanjalan kulit kepada anda. Terima kasih kepada sumber vitamin E, B, potasium dan asid lemak tidak tepu yang terkandung di dalamnya.

Timun
Bukan sahaja kaya dengan kandungan silica (yang sangat berguna untuk menguatkan rambut dan kuku) malah timun juga mampu membantu mengelakkan masalah retensi air dan mengurangkan kehadiran panda eyes.

Buah beri
Buah beri mengandungi sumber anti oksida yang tinggi, terutamanya anthocyanin yang mampu melindungi sel kulit daripada radikal bebas serta melawan masalah tekanan oksidatif yang menjadi sebab utama penuaan.

Omega-3
Sumber makanan seperti salmon dan ikan sardin mengandungi omega-3 dan anti-oksida yang sangat tinggi. Ia dapat melawan keradangan, mengurangkan masalah psoriasis dan membantu menyimpan kelembapan kulit dengan membina dinding sel pembaik pulih yang kuat. Tambahan pula, protein yang terkandung di dalam makan tersebut turut membantu memulihkan sel kulit yang telah rosak.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini