Perkara rutin yang boleh menyebabkan pembaziran

0
38

BERJIMAT cermat amalan mulia. Begitulah kata-kata nasihat yang sering anda dengar sejak di bangku sekolah sehinggalah menginjak usia dewasa. Bagaimanapun, apabila sudah bekerjaya dan mempunyai pendapatan bulanan sendiri, ramai antara anda yang tidak terlepas daripada terkait dengan isu pembaziran.

Tambahan pula, pembaziran itu seringkali terjadi apabila anda berbelanja untuk membeli barangan yang tidak membawa kepentingan pada kehidupan sehari-hari. Lebih memburukkan keadaan, pembelian barangan-barangan tersebut telah menjadi kebiasaan sehingga ia termasuk dalam rutin harian anda.

Jangan khuatir, bagi mengelakkan anda daripada terus berbelanja, Pepatung menyenaraikan lima perkara rutin yang perlu anda hentikan bagi mengelakkan daripada terus membazir.

Rawatan kecantikan yang tidak perlu. Ini termasuklah manicure dan pedicure yang anda lakukan di salon merias kuku hampir setiap minggu. Jika anda perlu berbelanja RM40 setiap kali merias kuku, cuba darabkan harga tersebut sebanyak empat kali. Dalam sebulan, anda berbelanja lebih kurang RM160 hanya untuk rawatan merias kuku. Dalam setahun? Oh dear

Kopi mahal. Ya, Starbucks, Coffee Bean dan jenama-jenama kopi yang seangkatan dengannya. Harga bagi secawan kopi di Starbucks bermula kira-kira RM12. Nilai tersebut bukan sahaja boleh membeli hidangan sarapan pagi dan tengahari, malah ia boleh dijadikan duit untuk mengisi minyak kereta bagi tempoh dua hari!

Menghafal nombor kad kredit. Oh, ini terlalu bahaya! Apabila anda sudah menghafal nombor yang tertera pada kad ajaib itu, maka, kebarangkalian untuk anda berbelanja lebih secara online adalah tinggi.

Melabur pada barangan fesyen yang berkualiti rendah. Mungkin sebuah tas tangan berharga RM120 yang diperbuat daripada PVC adalah murah. Namun, jangka hayat tas tangan itu mungkin tidak panjang seperti tas tangan yang diperbuat daripada kulit asli. Dalam masa yang sama, anda mungkin berbelanja beberapa kali untuk membeli tas tangan baharu kerana yang lama telah rosak. Apa salahnya melabur pada aksesori yang berkualiti dan boleh dipakai sehinga bertahun-tahun lamanya.

Jenama solekan kaunter. Kemungkinan anda mengalami masalah kulit sensitif dan perlu mengeluarkan belanja yang lebih untuk solekan berasaskan bahan-bahan natural. Namun, alat solek seperti maskara dan pelembap bibir boleh dibeli di farmasi dan kualitinya kadang-kala lebih baik daripada jenama-jenama di kaunter kecantikan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini