Perkara menyenangkan yang perlu dibuat pada hujung minggu

0
37

HARI minggu merupakan hari yang paling sempurna untuk beristirehat. Begitupun, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan pada hari tersebut sehingga anda tidak tahu bagaimanakah cara yang sesuai untuk mendapatkan kembali tenaga yang telah hilang selepas seminggu berhempas-pulas menyiapkan kerja-kerja di pejabat.

Berikut merupakan lima perkara menyenangkan yang perlu dibuat pada hujung minggu:

Bangun lewat
Kajian menunjukkan, kebanyakan individu tidak mendapat tidur yang cukup. Pada hari-hari biasa sekalipun, anda perlu bangun awal bagi mempersiapkan diri sebelum memandu ke tempat kerja. Justeru, jika anda tidak mempunyai sebarang perancangan, apa kata sambung tidur selepas menunaikan solat Subuh agar anda kembali segar untuk menyambung aktiviti lain pada kemudian hari.

Lakukan sesuatu
Jika anda mempunyai masa terluang, yakni pada hari minggu, lakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Keluar minum petang bersama teman rapat, window shopping bersama ibu tersayang, atau habiskan bahan bacaan yang sudah lama tertunggak. Perkara sebegini dapat memberikan mood positif terhadap diri anda. Ya, baju kotor di dalam bakul boleh disempurnakan nanti.

Manjakan diri
Merias wajah dan tubuh memerlukan masa yang panjang. Memang anda tidak berkesempatan melakukan semua itu pada hari bekerja. Jadi, hari minggu merupakan hari yang paling sesuai. Jangan lupa berendam dalam tab mandi ya!

Lupakan soal diet
Jika anda meletakkan cheat day pada hari minggu, ia membuatkan anda teruja menantikan kedatangan hari berkenaan. Sediakan menu yang berbeza setiap minggu agar anda tidak bosan menjamah hidangan yang sama.

Rehat, rehat, rehat
Memang ia kedengaran senang. Tetapi, cara paling baik untuk mendapatkan rehat adalah dengan… berehat! Jauhkan diri daripada meja kerja dan habiskan sebanyak masa dalam persalinan tidur anda. Lupakan seketika tentang kerja dan habiskan masa yang ada untuk diri sendiri atau bersama orang yang tersayang.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini