Pengambilan Suplemen Pada Bulan Ramadan

0
20

BULAN Ramadan datang lagi. Setiap kali tibanya bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, sudah pasti kita akan mencari solusi terbaik bagi meneruskan rutin sehari-harian tanpan menggangu ibadah berpuasa selama 30 hari.

Salah satu daripadanya ialah pengambilan vitamin dan mineral. Kebanyakan suplemen – tidak kira vitamin, mineral atau minyak baik – perlu diambil sebaik sahaja anda selesai bersarapan. Namun, pada bulan Ramadan, hidangan paling awal yang kita ambil sudah tentu ketika bersahur.

Justeru, tidak salah jika suplemen tersebut diambil selepas anda selesai bersahur. Pastikan anda minum air dengan banyak bagi memberikan platform pada vitamin dan mineral yang diambil beredar sebaiknya dalam darah.

Selain itu, pengambilan vitamin juga boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrisi ketika berbuka. Banyakkan juga pengambilan buah-buahan serta sayuran. Elakkan pengambilan makanan yang diproses ketika sedang berpuasa. Lebihkan gula baik ketika waktu berbuka puasa.

Kredit gambar: Getty Images

KONGSI
Artikel sebelumnyaDestinasi Muzik Nazim Othman
Artikel seterusnya9 Cara Mudah Mengemas Bagasi
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini