Negative Calorie: Alternatif ‘kurus’ dalam 14 hari

1
76

MENDAPATKAN tubuh ideal dan langsing sememangnya didambakan majoriti individu. Masalahnya, ramai dalam kalangan kita malas bersenam, apatah lagi menjalani diet berdisiplin tinggi. Sebagai jalan penyelesaian pantas, ramailah yang bergadai wang ringgit membeli produk-produk pelangsingan dengan jaminan keberkesanan segera.

Namun, tahukah anda bahawa kebanyakan produk tersebut menggunakan beberapa bahan terlarang demi memujuk dan meyakinkan anda agar kekal menjadi pelanggan setia? Laksatif misalnya, sejenis bahan bertujuan melawaskan pembuangan air besar sering ditambah ke dalam produk pelangsingan agar efek pantas akan dialami pengguna. Hakikatnya, apabila anda berhenti mengambil produk tersebut, ia akan memberi kesan negatif kepada sistem pencernaan anda.

Sebagai langkah selamat, anda mungkin boleh beralih kepada Negative Calorie – Meta Complex, sejenis serbuk minuman kaya serat yang mampu mengembalikan bentuk tubuh ideal anda dalam tempoh 14 hari! Namun, jaminan itu hanya dapat direalisasikan sekiranya anda mengamalkannya mengikut tetapan waktunya dan ia turut bergantung kepada tahap kecergasan anda.

1-NCY_5812

Paling menyamankan tentang minuman ini adalah kelonggarannya kepada para pengguna agar untuk terus meneruskan gaya hidup (pemakanan dan rutin senaman) seperti biasa tanpa perlu mengubah apa-apa. Bagaimanapun, mengapa tidak anda ubah sedikit pemakanan anda (kuantiti dan jenis) dan memperbanyakkan aktiviti kecergasan? Dengan cara ini, dalam tempoh 14 hari anda akan melihat kesan yang lebih memberangsangkan. Kuncinya adalah untuk tidak malas dan kekal berdisiplin!

Selain melancarkan pergerakan usus dan sistem pencernaan, Negative Calorie juga berupaya membantu menyelesaikan lima masalah serius yang mengundang kepada masalah kesihatan. Di  bawah ini, Pepatung senaraikan kelima-lima masalah tersebut lengkap bersama fungsi Negative Calorie dalam menangani setiap satu daripadanya untuk rujukan anda.

1) Pengumpulan toksin dan bendasing: Gaya hidup dan pemakanan kurang sihat mengundang kepada pengumpulan toksin berbahaya dan sisa-sisa kumuhan (najis) pada dinding kolon sehingga ia membentuk satu lapisan keras. Lapisan ini mengurangkan keupayaan sistem perkumuhan untuk menyingkirkan sisa-sisa baharu dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan bakteria serta parasit. Lebih kronik apabila toksin tersebut diserap semula ke dalam saluran darah secara berterusan yang kemudiannya disalurkan ke seluruh badan.

Penyelesaian: Bahan-bahan 100 peratus semula jadi dan serabut diet organik dalam Negative Calorie bertindak sebagai agen pembersih efektif dan lembut bagi menyingkirkan sisa-sisa kumuhan dari dalam badan. Serabut diet menggalakkan pergerakan usus yang mampu mengurangkan sembelit, kekejangan, kembung perut dan buasir (hemoroid). Ia juga berfungsi sebagai prebiotik khususnya oligosakarida yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.

2) Peningkatan tahap gula darah dan kolestrol: Kebanyakan makanan hari ini merupakan karbohidrat ringkas (gula/kanji) yang menjadi punca utama terhadap ketidakstabilan gula darah dan peningkatan tahap kolestrol. Malah kebanyakan penyakit kronik memiliki perkaitan rapat dengan karbohidrat tersebut. Nasi, mi, pasta, burger dan manisan adalah antara kelompok makanan berkarbohidrat tinggi tetapi masih ‘digilai’ masyarakat kita.

Penyelesaian: Negative Calorie terdiri daripada ekstrak sayur-sayuran, buah-buahan dan sekam yang mengandungi serabut diet larut air dan tidak larut air. Kedua-dua serabut diet ini berupaya melambatkan pencernaan karbohidrat dan bertindak sebagai penyekat gula yang aktif. Penurunan tahap gula darah dan kolestrol mampu mengurangkan risiko kanser kolon dan payudara sebanyak 40 peratus, penyakit jantung (40 peratus), kencing manis, pedih hulu hati, batu karang di dalam hempedu atau buah pinggang dan sebagainya.

3) Obesiti, lemak dan berat badan berlebihan: Pengumpulan lemak berlebihan akan terjadi jika berlakunya ketidakseimbangan tenaga di antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori.

Penyelesaian: Kepentingan Negative Calorie terletak di sini. Seperti namanya, kesan kalori negatif (kalori/tenaga yang diperlukan untuk penghadaman melebihi kandungan tenaganya) disumbangkan oleh penggunnan saderi, daun gandum, daun barli, sekam psilium, asparagus dan lemon yang merupakan kumpulan makanan berkalori negatif.

Kesemuanya tidak hanya membantu menghilangkan lemak, malah meningkatkan ‘kekenyangan’ dan mengurangkan rasa lapar. Makanan berserabut tinggi ini juga berupaya menyingkirkan gula, kolestrol dan lemak dari sistem perkumuhan secara efektif, sekali gus meningkatkan tahap metabolisme selain membekalkan nutrisi tumbuhan yang tinggi kepada tubuh.

2-Belly-fat

4) Jerawat dan masalah kulit: Apabila tahap toksin di dalam tubuh menjadi tinggi, kulit akan cuba menyingkirkan toksin tersebut melalui kelenjar peluh, sama seperti buah pinggang mengeluarkan bahan kumuhan melalui air kencing. Bahan-bahan kimia ini mengubah pH kulit dan seterusnya menyebabkan jangkitan bakteria dan pertumbuhan jerawat serta masalah kulit lain.

Malah, apabila sel-sel kulit sibuk menyingkirkan toksin, keupayaan sel-sel tersebut untuk menghasilkan protein yang diperlukan bagi kesihatan kulit akan menurun. Akibatnya, badan bertoksin tinggi bakal meningkatkan pertumbuhan jerawat, mengurangkan keanjalan dan meningkatkan penuaan kulit.

Penyelesaian: Lima ekstrak serabut diet sayur-sayuran dan buah-buahan dalam Negative Calorie amat berkesan dalam penyingkiran bendasing seperti yis dan fungus serta menghalang perkumuhannya melalui kulit. Vitamin C merupakan satu lagi bahan utamanya yang mempunyai ciri antioksidan, berfungsi sebagai penjana kolagen bagi melambatkan penuaan kulit.

5) Radikal bebas: Masalah ini merujuk kepada satu keadaan apabila sel-sel bermasalah kehilangan molekulnya yang kritikal dan terpaksa ‘mencurinya’ daripada sel-sel sihat lain. Justeru, sel-sel yang pada asalnya sihat kini terbuka kepada risiko selepas kehilangan pasangan molekulnya yang ‘dicuri’ sel bermasalah. Keadaan ini akan meningkatkan risiko kepada kewujudan pelbagai jenis penyakit.

Penyelesaian: Klorofil merupakan komponen terpenting dalam formula Negative Calorie, menjawab persoalan anda mengapa minuman ini berwarna hijau tua selepas dibancuh. Antioksidan pula meneutralkan radikal bebas tersebut di samping menggalakkan pemulihan sel. Peringkat ini juga membantu menghalang penyerapan semula toksin ke dalam saluran darah.

Setiap kotak Negative Calorie mengandungi 15 pek kecil (sachet) dan bagi memenuhi program 14 hari, anda digalakkan menghabiskan dua kotak minuman sepanjang tempoh tersebut. Pengambilannya juga mudah. Anda hanya perlu membancuhnya di dalam segelas air kosong (air panas/suam lebih efektif melarutkan serbuk) dan meminumnya pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan waktu malam (sebelum tidur).

Secara keseluruhannya, minuman kesihatan ini selamat dan halal untuk diambil semua individu. Minuman bebas perisa ini kini boleh didapati pada harga RM49.90 (sekotak) di semua farmasi utama seluruh negara termasuk Watsons, Sasa dan Caring. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web LazadaBagaimanapun, harga sekotak itu akan dinaikkan kepada RM69.90 menjelang tahun depan.

Layari laman Facebook Negative Calorie untuk maklumat lanjut.

 

Foto kredit: Modelhealthperformance

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini