Gaya Hidup

Pemberian nama yang menyebabkan anak benci dengan nama sendiri

By  | 

ANDA mungkin rasa memilih nama-nama pelik untuk cahaya mata adalah perkara yang kreatif, namun, anak-anak anda yang akan menanggung akibatnya apabila dewasa kelak. Berikut merupakan kriteria-kriteria yang perlu dielakkan sebelum memberi nama pada anak anda:

1) Nama hipster
Golongan hipster biasanya terdiri daripada golongan bijak pandai yang gemar tampil  berbeza supaya dapat dikenali berbanding khalayak lain. Justeru, tidak mustahil jika mereka memberi nama kepada anak seperti Gulliver, Enoch dan Declan. Kesian anak anda. Bukankah zaman kanak-kanak itu sudah cukup sukar?

2) Nama yang menyebabkan kecelaruan jantina
Jika di Malaysia, nama-nama seperti Nurul dan Nur sudah biasa diberi pada golongan lelaki. Namun, di Hollywood, kebanyakan selebriti kini gemar menamakan anak mereka bertentangan dengan jantina asal. Penyanyi Jessica Simpson menamakan anak perempuannya sebagai Maxwell (yang biasanya diberikan kepada lelaki). Mungkin pada dasarnya ia membawa maksud yang positif, namun, tiada apa yang lebih membimbangkan jika anak anda menjadi mangsa buli di sekolah. “Eee nama awak macam perempuan!“- antara ejekan yang mungkin diterima oleh anak anda.

3) Nama yang mirip antara satu dengan lain
Pernahkan anda berjumpa dengan sebuah keluarga yang mempunyai nama yang seakan-akan sama? Daripada nama si ayah, anak sulung sehingga ke anak bongsu, nama mereka akan bermula dengan huruf A – Ahmad, Akim, Amin, Amina, Amir dan Anas. Tidak salah, cuma, ia tidak memberi gambaran secara individu pada setiap anak anda.

4) Nama popular
Kebanyakan daripada para ibu begitu cepat terpengaruh dengan budaya popular masa kini. Menamakan anak-anak anda sebagai Katniss dan Rue kerana anda adalah penggemar siri novel The Hunger Games ternyata bukan langkah yang bijak. Memberi nama bermula dengan huruf K kerana obses dengan keluarga Kardashian juga tidak sepatutnya berlaku. Ingat, apa yang popular kini tidak akan kekal popular apabila anak anda dewasa kelak.

5) Nama pelbagai ejaan
Berapa banyak ejaan untuk nama Zulaikha? Zyulaikha, Zuleykaa, Zuelaika. Ya, menamakan anak anda sebagai Zuelaika akan menjadikannya lebih unik berbanding Zulaikha yang lain. Tetapi, sanggupkah anda melihat anak anda memperbetulkan ejaan namanya apabila ia salah disebut oleh khalayak umum sehingga ke hari tua?

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *