Menjadi Beyoncé adalah pencapaian paling tinggi, ujar Beyoncé

0
24

MENGAPA perlu menjadi bijak, lucu, baik, berbakat, sophisticated atau bergaya, apabila anda boleh menjadi Beyoncé? Terima kasih kepada Bey, kerana semua kata sifat yang lain telah menyerah diri dan berundur kembali ke halaman asal mereka di dalam kamus, kerana Beyoncé telah mengiktiraf “Beyoncé” sebagai kata adjektif.

Apakah etimologi perkataan tersebut?” anda mungkin bertanya. Terima kasih kepada pengguna Vine yang merakam momen tersebut ketika pujian itu mula-mula diucapkan menerusi rancangan The View. Ianya bermula apabila Whoopi Goldberg bertanya kepada Beyoncé…

Awak adalah Beyoncé,” tanya Whoopi.

Terima kasih,” balas pelantun lagu Crazy In Love itu. Sebab, tidakkah anda perlu berterima kasih kepada seseorang jika anda dipanggil dengan gelaran Beyoncé?

Jadi selepas ini, mungkin anda boleh menjadikan Beyoncé sebagai salah satu kata adjektif dalam perbualan harian anda. Berikut Pepatung menyenaraikan beberapa contoh ayat untuk rujukan anda:

Apabila anda mahu menyatakan rasa cinta dan memuji seseorang: “Bagi saya, awak sungguh Beyoncé..”

Apabila anda mahu menyatakan rasa teruja terhadap sesuatu perkara: “Dia cintakan kau, dan dia sering memuji kau. Oh! Sungguh Beyoncé!

Apabila anda mahu bergembira: “Masa untuk berparti! Beyoncé!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini