Membesarkan anak dengan keadaan kewangan yang stabil

0
8

PERNAHKAH anda terfikir, apabila anda dan pasangan bercadang untuk menimang cahaya mata, anda berdua perlu bersedia untuk mengeluarkan belanja yang banyak sepanjang tempoh membesarkan buah hati kesayangan anda itu?

Mungkin pada mata kasar, ia bukanlah sesuatu perkara yang berat. Namun, apabila anda mengira belanja untuk setin susu, sekeping lampin pakai buang, baju, dan bil perubatan, tidak termasuk pendidikan dan lain-lain, – yang perlu didarabkan mengikut kadar kekerapan – memiliki cahaya mata merupakan salah satu komitmen yang boleh dikategorikan sebagai ‘mahal’.

Justeru, bilakah masa yang paling sesuai untuk anda menambah bilangan ahli keluarga? “Lahirnya seorang bayi adalah hasil daripada rangkaian keputusan yang dipengaruhi oleh emosi, dan biasanya ia jarang dipengaruhi oleh kestabilan kewangan dalam institusi kekeluargaan,” ulas pakar kewangan, Elle Kaplan.

Ia merupakan satu keputusan yang sihat. Jika bercakap mengenai perihal kewangan dan hidup, sebenarnya, tiada masa yang ideal untuk menambah bilangan ahli keluarga. Pasti akan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Jadi, masa yang paling sesuai untuk sesebuah keluarga itu menimang cahaya mata adalah apabila seseorang sudah bersedia untuk bergelar ibu,” jelasnya lagi.

Jika anda masih mahu menimang cahaya mata dan dalam masa yang sama ingin memberi fokus terhadap kestabilan akaun bank, anda masih boleh melihat kepada beberapa alternatif untuk berbelanja secara berhemah.

Jika ada antara jiran-jiran yang tidak lagi mahu menggunakan stroller, anda mungkin boleh membeli daripada mereka dengan harga yang murah,” tutur Elle yang turut mencadangkan supaya cuba membeli pakaian bayi terpakai memandangkan anak-anak kecil begitu cepat membesar.

Kasih sayang adalah rencah utama, bukan wang. Ini bukan sebuah keputusan kewangan. Dari segi masa, usaha dan duit, tiada siapa yang mampu untuk menjadi ibu atau ayah jika terlalu memikirkan tentang kewangan,” ungkap Elle.

Krdit sumber: Brides.com

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini