Gaya Hidup

Lima soalan/kenyataan yang boleh bikin individu gemuk sentap

By  | 

UNGKAPAN seperti gajah, badak dan dugong acapkali dilemparkan kepada individu yang bertubuh gemuk. Lebih mengharukan, ungkapan tersebut sering dijadikan ejekan sehingga menyebabkan keyakinan diri golongan itu jatuh merudum.

Sejujurnya, sebagai seorang yang pernah gemuk sebelum ini, saya faham perasaan mereka dan seringkali menerima gelaran sedemikian.

Begitupun, selain tiga gelaran di atas, masih ada beberapa perkara yang boleh bikin individu berbadan besar sentap dan sedih dengan anda. Jadi, sebelum anda berbual panjang dengan mereka, pastikan anda tidak membutirkan soalan-soalan seperti berikut:

1) “Apa azam tahun baharu kau?”
Sebab, pertanyaan itu akan menjurus kepada soalan: “Tak nak cuba turunkan berat badan tahun ni?”

2) “Kau nak makan semua tu ke?”
Mungkin anda berniat mahu berkongsi makanan itu dengan mereka. Namun, jauh di sudut hati mereka terdetik soalan ini: “Kau ni selera macam gajah.”

3) “Nak ambik gambar ni, berdiri dekat depan!”
Cara anda mungkin kedengaran agak kasar dan biarlah mereka berdiri di mana mereka rasa sesuai sewaktu ingin bergambar.

4) “Eh, kau duduk kat kerusi besar ni, sebab nanti takut tak muat.”
Cuba susun kerusi mengikut kesesuaian dan tidak menyalahkan mereka yang berbadan besar jika meja yang dipilih tidak boleh memuatkan rakan-rakan anda yang lain.

5) “Babe, baju ni buat I nampak gemuk tak?
Anda sebenarnya bertanya soalan pada orang yang salah.

*Setiap soalan di atas merupakan soalan benar yang pernah diajukan kepada penulis ketika masih gemuk

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *