Lima konflik yang sering dialami pengembara solo

0
23

UNTUK mereka yang gemar bersendirian, perasaan menaiki pesawat ke sebuah tempat yang asing secara berseorangan pastinya berdebar dan teruja.

Semua keputusan perjalanan berada di dalam tangan anda. Sama ada makanan apa yang hendak dinikmati, lokasi untuk dilawati dan di mana tempat penginapan, segalanya ditetapkan oleh anda.

Namun di sebalik keindahan itu, pengembara solo juga turut mengalami situasi-situasi berikut.

1) Sunyi di lapangan terbang 

FOTO / THE WISE TRAVELLER

Ketika berada di lapangan terbang, anda akan diserang rasa sunyi apabila melihat orang lain rancak berbual bersama teman-teman di balai pelepasan atau di kafe-kafe di lapangan terbang. Timbul keinginan untuk berbual dengan wajah-wajah yang dikenali. Bagaimanapun ia mustahil kerana anda di tempat asing tanpa kenalan.

 

2) Beban menggalas beg

FOTO / RUNAWAY RACH

Untuk mereka yang mengembara secara backpacker ke negara seperti Nepal atau negara-negara dengan struktur geografi yang mencabar, beban beg galas yang mencecah 20 kilogram (kg) sering menjadi dugaan terhebat. Anda tidak mempunyai sesiapa untuk membantu. Sekiranya anda datang berkumpulan, pasti beban tersebut dapat digalas bersama.

 

3) Masalah mengambil foto

FOTO / ADVENTURE TRAVEL LEISURE

Mengambil foto yang cantik juga merupakan masalah utama kepada pengembara solo. Jika anda berada di kawasan bandar, mungkin masalah itu dapat diatasi dengan meminta pertolongan daripada orang awam. Namun, jika anda berada di puncak bukit atau tempat yang tiada orang? Anda perlu menggunakan kemahiran dan kreativiti fotografi yang dimiliki untuk merakamkan kenangan di lokasi tersebut. Paling mudah, berswafoto sahaja!

 

4) Keselamatan

FOTO / LOG MY WEBSITE

Bagi pengembara solo wanita, tidur malam anda tidak nyenyak. Memadai dengan tidur-tidur ayam kerana anda mahu berwaspada serta memastikan keselamatan diri dan barang peribadi terjamin. Lebih-lebih lagi ketika anda bermalam di hostel atau motel.

 

5) Kewangan

FOTO / SUN LIFE FINANCIAL

Anda dapat berjimat jika anda mengembara secara berkumpulan. Misalnya, jika anda ingin menyewa kereta dari Darwin ke Alice Spring, harga sewa kereta adalah sekitar AUD $300 (RM1,007). Sekiranya anda pergi berkumpulan, bayaran tersebut boleh dibahagikan sesama rakan. Jika berseorangan? Sama ada anda sanggup untuk membelanjakan wang sebanyak itu atau mencari alternatif kenderaan lain untuk ke destinasi tersebut.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini