Lima kategori pengguna Instagram (bahagian kedua)

0
17

TERLALU banyak jenis manusia di Instagram. Selepas mengenali 10 kategori pengguna Instagram bahagian pertama (baca di sini), kami bawakan lima lagi kategori menerusi bahagian kedua berikut.

1) Like berpukal
Kelompok ini mungkin hanya aktif di Instagram seminggu sekali atau mengikut kelapangan waktu. Jadi sepanjang tempoh ‘berehat’ itu mereka tidak berkesempatan melihat foto-foto terbaharu rakan-rakan Instagram. Maka mereka memilih untuk ‘like‘ semua gambar baharu secara serentak. Menerima notifikasi like berturut-turut daripada individu yang sama mungkin mengundang sedikit kerimasan kepada sesetengah orang. Alangkah bagus jika ada butang ‘unlike‘!

2) Berbual

1-insta bhg2
Ada pula dalam kalangan kawan-kawan kita menjadikan ruangan komen sebagai tempat untuk bersembang. Kebiasaannya hal yang dibualkan tiada kaitan langsung dengan gambar yang kita kongsikan. Hendak ditegur bimbang merajuk atau sentap, jadi kita pun diamkan sahaja. Pernah dengar istilah private message tidak?

3) Perlumbaan komen

2-insta bhg2
Golongan selebriti atau ikon media sosial pasti berdepan individu sebegini setiap hari. Pantang sahaja foto dimuat naik, maka berdesup komen bertuliskan ‘first‘ atau ‘second‘ sebagai tanda kebanggaan kerana menjadi orang pertama meninggalkan komen pada foto artis tersebut. Mungkin mereka akan terima hadiah kalau menjadi pengirim komen terawal ataupun mendapat tempias populariti?

4) Tamak hashtag

3-insta bhg2
Kadang-kadang kapsyen akan lebih menarik berbanding foto yang dikongsikan. Bagaimanapun ada segelintir yang sesuka hati menggunakan hashtag merepek. Kapsyen pendek tetapi hashtag sehingga 100 perenggan. #kaupakaimemanglahakupanas #cantiksungguhbajuakuharini #hiduphanyasekali #nikmatsecawanaiskrim #tilljannah #mamasayangpapa dan pelbagai lagi hashtag berantai tidak masuk akal. Orang tidak peduli hahstag #tilljannah anda kalau baru bercinta tiga hari.

5) Jual barang tapi akaun private
Jual barang tapi tutup kedai! Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri; bimbang dipenuhi komen spam atau diperhatikan pesaing perniagaan. Namun secara logiknya, anda ‘menjemput’ orang mengunjungi Instagram anda bagi melihat barangan yang dijual tetapi akaunnya private. Elok-elok pelanggan berpotensi teruja untuk membeli terus ‘mati’ hajat. Hilang seorang pelanggan.

Kredit foto: Opentimez

KONGSI
Artikel sebelumnyaQuickie Pepatung: Nora Danish
Artikel seterusnyaFasa Solo Tasha Shilla

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini