Gaya Hidup

Lapan cadangan penginapan sempena cuti Hari Malaysia

By  | 

MUSIM cuti sekolah sedang berlangsung. Sambutan Aidiladha yang lepas diteruskan dengan cuti umum Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September depan.

Bagi memudahkan perancangan singkat anda, Hotels.com menyenaraikan lima destinasi percutian popular (lapan pusat penginapan) yang boleh dipertimbangkan menjelang hujung minggu ini.

1) Pulau Langkawi (Kedah)

the-datai-langkawi-jpg-cFOTO: THE DATAI

Empat hotel di pulau legenda ini; The Datai, The Danna, Casa Del Mar dan Ambong Ambong menerima pengiktirafan pada Anugerah Loved by Guests untuk kategori Best for Beach.

the-dannaFOTO: THE DANNA

Eksplorasi anda di pulau yang terdiri daripada kira-kira 100 pulau kecil ini pasti lebih menenangkan di empat penginapan terbaik ini.

2) Sabah

shangri-la-rasa-ria-tuaran-jpg-cFOTO: SHANGRI-LA’S RASA RIA RESORT & SPA

Beli-belah di pusat tumpuan pelancong, pasar Ahad di Jalan Gaya, Kota Kinabalu dan jejaki lokasi-lokasi unik di Negeri di Bawah Bayu ini.

Rehatkan diri Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa di Tuaran yang menyediakan kamar menghadap panorama laut lengkap dengan balkoni persendirian dan tab mandi terbuka. Jika cuaca baik, anda dapat menikmati keindahan Gunung Kinabalu dari clubhouse resort tersebut.

3) Cameron Highlands (Pahang)

the-lakehouse-cameronFOTO: PHEURONTAY

Destinasi mudah warga kota untuk bermesra dengan alam semula jadi. Udara yang segara, cuaca sederhana sejuk dan sajian buah-buahan serta sayur-sayuran segar menjadikan tanah tinggi ini lokasi digemari ramai.

Rasai pengalaman penginapan mewah Inggeris di The Lakehouse. Sarapan yang dihidangkan berkonsep restoran Inggeris yang elegan. Menjelang waktu minum teh, tetamu disajikan pula skon panas bersama jem strawberi buatan sendiri.

Tambah istimewa apabila kediaman dengan seni bina era kolonial itu terletak berhampiran ladang teh Cameron Bharat Tea dan Air Terjun Parit.

4) Pulau Pinang

jawi-peranakan-mansion-016-1-1024x683FOTO: GEORGE TOWN HERITAGE

Syurga makanan nombor satu di dunia! Pandu kenderaan anda ke utara dan nikmati pengalaman gastronomi terhebat di Pulau Mutiara ini. Sama ada assam laksa atau ais kepal, segala jenis makanan ada di Pulau Pinang.

Rehatkan diri selepas seharian berjalan di hotel butik mewah, Seven Terraces yang diubahsuai daripada deretan teres Inggeris-Cina (Anglo-Chinese). Kini ia dilengkapi 18 suite yang diinspirasikan daripada kebudayaan keturunan Peranakan. Suasananya akan mengembalikan anda ke era lampau.

5) Kuala Lumpur

th-homepage-1-jpg-cFOTO: SHANGRI-LA/TRADERS

Bagi orang bandar, sebenarnya anda tidak perlu pergi jauh untuk bercuti. Jimatkan perbelanjaan dengan bersantai di hotel-hotel sekitar ibu kota.

Hotel Traders umpamanya menawarkan pengalaman penginapan yang mendamaikan. Diiktiraf sebagai Best for Luxury pada Anugerah Loved by Guests, hotel dengan rating 4.6/5 ini juga membolehkan anda menikmati pemandangan luar biasa Kuala Lumpur.

Menjelang malam, berkumpul bersama rakan-rakan anda di SkyBar di aras 33 hotel ini sambil menyaksikan keindahan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Rancang percutian anda dengan bijak menerusi Hotels.com yang membolehkan anda menempah hotel pilihan secara online ataupun menerusi aplikasi telefon pintar (iOS, android dan peranti Amazon Kindle).

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

1 Comment

  1. Haram

    8 May 2017 at 8:01 PM

    Thanks for share amazing hotels and places of malaysia. all images so nice thanks to post.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *