PERSATUAN EJEN-EJEN PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN MALAYSIA (MATTA) menggesa supaya Cukai Pelancongan (TTx) yang berkuatkuasa pada 1 September 2017 dimansuhkan.

Cukai itu mengenakan kadar rata RM10 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar

FOTO/MATTA

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata, pelancong dialu-alukan untuk menikmati pengalaman bercuti yang menyeronokkan dan bebas berbelanja untuk penginapan, makanan dan minuman, lawatan pelancongan tetapi mengutip cukai daripada pelancong adalah langkah tidak produktif.

Cukai Pelancongan yang mula dirancang untuk dikuatkuasakan pada Ogos 2017 meliputi rakyat Malaysia tetapi kemudian dikecualikan selepas orang ramai membantah kerana ia diputuskan tanpa rundingan sewajarnya dengan para pemain industri pelancongan.

MATTA membantah dan melahirkan kebimbangan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengenai cukai kerana ia akan memberi kesan kepada industri pelancongan, terutama pelancong yang berada di negara ini untuk tempoh yang lebih lama,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata sektor pelancong Malaysia berada di belakang Thailand, Singapura dan Filipina.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini