Bebas sempadan

0
66

#Bercuti, #melancong dan #mengembara bukan sekadar hashtag yang digunakan sebagai kapsyen di gambar Instagram mahupun di Facebook setiap kali berlibur. Ianya lebih kepada merancang percutian itu dan seterusnya membeli tiket penerbangan ke destinasi pilihan. Rasa ingin bercuti tidak berakhir tatkala tamatnya tempoh percutian anda kerana ianya akan merangsang pengembara untuk terus menjelajah selagi tidak tamat tempoh pasportnya. Namun itu bukanlah satu penghakhiran kerana pasport boleh diperbaharui tempohnya.

Bebas Sempadan

Impian untuk mengembara kebiasaannya terlahir ketika kanak-kanak lagi, bergantung kepada gaya hidup dan minat melancong kedua ibu bapa. Bermula daripada road trip bersama keluarga ketika cuti sekolah, saya sentiasa bermimpi berada di kota-kota terkenal dan berusaha mengumpul wang saku untuk mencapai mimpi saya yang satu itu. Sebenarnya, pertama kali saya keluar melancong bersama rakan-rakan tanpa ibu bapa adalah selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1998. Walaupun ketika itu saya hanya mampu ke Pulau Langkawi, Kedah, namun ianya membuatkan semangat saya lebih membuak-buak untuk lebih mengenali bangsa dan budaya yang menjadi penyeri dunia.

Semua destinasi percutian mempunyai nilai tersendiri dalam memori setiap pengembara. Harga sesuatu pakej pelancongan bukanlah ukuran untuk seseorang menyerap pengalaman bernilai. Sebenarnya, setiap sesuatu yang dialami dalam sesebuah pengembaraan itu mampu mengubah diri seseorang menjadi lebih positif termasuk menghargai tanah airnya sendiri. Sepanjang tiga dekad menyusuri kehidupan, pelbagai negara telah saya kunjungi di atas tiket tugasan kerja selain trip percutian bersama teman-teman mahupun keluarga.

Bebas Sempadan

Peluang mengunjungi kota-kota dunia yang sentiasa bernyawa semakin terbuka luas ketika saya mula bertugas sebagai anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) tatkala usia menginjak 24 tahun. Namun, saya meninggalkan kerjaya itu tiga tahun kemudian untuk meneruskan minat yang mendalam sebagai pengacara televisyen. Sangkaan saya mengenai kerjaya baru ini hanya akan membuatkan saya terikat di lokasi penggambaran dan menghentikan obsesi melancong ternyata silap. Kerjaya itu hakikatnya terus membuka peluang untuk saya mengembara secara percuma ke pelbagai lokasi percutian indah impian ramai.

Pilihan untuk bercuti pula bergantung kepada individu. Ada yang gemar bermewah-mewah di hotel lima bintang, ada juga yang lebih selesa ber-backpacking dan hanya tinggal di hostel mahupun motel atau tinggal di rumah kenalan dan saudara-mara. Begitu juga dengan pilihan aktiviti ketika bercuti, untuk penggemar aktiviti lasak, mereka mahukan sesuatu yang ekstrem tetapi ada pula yang sekadar ingin membeli-belah lantas bersantai menikmati pemandangan indah serta duduk melihat gelagat penduduk tempatan setelah kepenatan. Perkara utama sebelum bercuti adalah perancangan dan idea percutian itu sendiri kerana walaupun dengan bajet yang terhad anda masih boleh bercuti dan menikmati kesemuanya.

KS3

Secara peribadi, saya suka menukar corak percutian setiap kali pergi bercuti bergantung kepada geografi lokasi dan apa yang saya mahukan. Paling penting, bercuti bukanlah untuk mencari penat dan bermasam muka bersama teman-teman dalam kumpulan serta melancong tidak semestinya perlu rushing ke pelbagai lokasi dalam satu hari sehingga tidak punya masa untuk menghayati keindahan atau menghalusi budaya setempat. Please take your time kerana anda tidak tahu bila lagi anda berpeluang untuk mengunjungi tempat tersebut.

Sebenarnya ketika saya menulis perenggan ini, terlalu banyak ingatan dan pengalaman yang menerjah yang membuatkan saya ingin kongsikan semuanya di sini. Tetapi biarlah saya simpan dahulu apa yang saya mahu kongsikan untuk dijadikan bahan bacaan anda dua kali sebulan. Di sini anda akan mendapat pelbagai maklumat berkaitan percutian, pengembaraan mahupun tip berguna untuk trip anda termasuklah¬†do’s and don’ts ketika berpergian. Mungkin juga anda mahukan saya menulis tentang honeymoon? Ya saya tahu saya masih bujang, tetapi banyak juga cerita bulan madu yang saya dengari sebelum ini. Jadi, saya ucapkan, welcome on board ladies and¬†gentlemen, sit back, relax and let me bring you to your dream destination. Bebaskan sempadan anda!

KONGSI
Artikel sebelumnya8 solusi kepada masalah normal pesta buku Big Bad Wolf
Artikel seterusnyaKourtney, Scott bakal timang anak lelaki
Memulakan kerjaya sebagai pramugara dan seterusnya melebarkan sayap sebagai wartawan penyiaran yang kemudiannya membuka ruang untuk bergelar pengacara rancangan travelog untuk beberapa stesen televisyen tempatan. Antara rancangan kendaliannya termasuklah 3 Hari 2 Malam, Jelajah Ramadan dan yang terbaharu, Aroma Tradisi yang bukan sekadar menjelajah tetapi memperkenalkan makanan tradisi kepada khalayak. Beliau yang sememangnya gemar melancong dan telah mengunjungi pelbagai negara tidak suka menggunakan aplikasi navigasi yang terdapat pada gajetnya. Baginya, jika sesat jalan, jangan malu bertanya dan akan membuka lebih banyak peluang pengetahuan yang asli dan tidak akan dilupakan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini