Khidmat penghantaran sajian sihat Dietliciouss

0
697

PERUMPAMAAN ‘Anda adalah apa yang anda makan’ (Your are what you eat) sememangnya boleh diguna pakai. Rejim pemakanan seimbang yang didasari bahan-bahan berkhasiat amat penting dalam memastikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Kini semakin ramai menyedari kepentingan pemakanan sihat.

Rakyat Malaysia juga dilihat kian peka terhadap kesihatan fizikal. Paling ketara adalah trend membina otot dalam kalangan lelaki yang banyak menghabiskan masa di gimnasium. Bagaimanapun, tanpa penjagaan pemakanan, usaha senaman juga sia-sia kerana tunjang kepada tubuh sihat adalah pemakanan.

3-diet

Namun ramai yang mengabaikan keutamaan tersebut disebabkan pelbagai faktor. Selain malas membaca tentang panduan pemakanan sihat, ada juga yang tidak tahu atau kurang mahir menyediakan sajian sihat. Terdapat pula golongan yang kekurangan waktu bagi mendapatkan hidangan sihat.

Sebagai alternatif penyelesai kepada masalah tersebut, tertubuhlah Dietliciouss. Servis penghantaran sajian sihat ke rumah dan pejabat itu diusahakan pasangan suami isteri, Mustapha Kamal Omar, 34, selaku Pengurus Operasi dan Norhuda Zainol, 34, sebagai Pengarah Urusan Dietliciouss.

Pencetusan sajian sihat itu pada awalnya adalah satu inisiatif Mustapha dan Norhuda bagi menurunkan berat badan. Kedua-duanya sebelum ini mengalami masalah berat badan (obesiti) dan berdasarkan pembacaan sendiri, mereka memutuskan untuk mengamalkan pemakanan sihat tanpa bantuan suplemen atau ubat pelangsing.

Bermula dengan penyediaan dua bekas nasi putih bersama salad ayam gril dengan separuh daripada bekas diisi sayur, Norhuda membahagikan protein dan karbohidrat secara seimbang. Dua minggu pertama menyaksikan cabaran terbesar buat mereka sehinggakan badan menggigil akibat lapar. Bersandarkan disiplin dan panduan pemakanan yang betul, masalah itu dapat diatasi sehinggalah kini kedua-duanya memiliki berat badan ideal.

NORHUDA (kiri) dan Mustapha (kanan) mengusahakan Dietliciouss sepenuh masa selepas sambutan menggalakkan dalam kalangan orang ramai.
NORHUDA (kiri) dan Mustapha (kanan) mengusahakan Dietliciouss sepenuh masa selepas sambutan menggalakkan dalam kalangan orang ramai.

“Apabila saya memuat naik foto sajian sihat itu di laman Facebook, mereka terus meminta saya menyediakan dan menjual kepada mereka. Jadi timbul idea untuk menjalankan perniagaan sajian sihat ini. Bermula di Instagram, saya menerima lima pesanan dan dalam masa dua bulan ia mencapai 50 pesanan.

“Ketika itu saya menguruskan segala-galanya bermula daripada membeli bahan-bahan, memasak, membungkus dan menghantar kepada pelanggan. Resipi pula didapatkan menerusi internet,” jelas Norhuda yang kini telah beroperasi hampir setahun dan mempunyai beberapa kakitangan meliputi tukang masak, pembantu dapur, penunggang motosikal dan kerani.

Setiap menunya pula diganti setiap hari dengan perancangan dilakukan setiap dua kali sebulan. Bagi memastikan kandungan bahan dan setiap bekas sajiannya menepati standard sajian sihat, Dietliciouss turut melantik seorang pakar diet bertauliah sebagai penasihat dan pemantau sebelum sesebuah menu diluluskan.

Antara asas penyediaan makanan sihat yang perlu dipatuhi termasuklah ia tidak boleh digoreng dan digantikan dengan teknik pembakaran atau digril. Minyak zaitun, herba dan rempah-ratus juga menjadi sebahagian bahan utama. Setiap bekasnya terdiri daripada sayur-sayuran, karbohidrat berupa nasi perang separuh cawan dan protein sama ada ayam atau daging. Adakalanya pelanggan akan diberikan makanan laut tetapi amaunnya akan dikurangkan ekoran kandungan protein yang tinggi.

1-diet
MENU Dietliciouss diubah setiap hari dan setiap menunya menerima kelulusan daripada pakar diet bertauliah.

Biarpun disesuaikan mengikut garis panduan makanan sihat, kepuasan menikmati setiap menu Dietliciouss sama sahaja seperti anda menikmati hidangan berat biasa. Persepsi bahawa sajian sihat tidak mempunyai rasa secukupnya dan ibarat makanan orang sakit langsung tidak terdapat pada sajian mereka.

Kebijaksanaannya mengadaptasi setiap menu mengikut cita rasa orang tempatan menggunakan kombinasi bahan alternatif ternyata memuaskan hati majoriti pelanggan mereka. Salmon asam pedas misalnya, antara menu popular yang mendapat pujian ramai. Keistimewaannya juga terletak pada variasi menu tanpa pengulangan agar pelanggan tidak berasa jemu.

Penyediaan sajian akan dilakukan pada waktu malam dan bermula pukul 6 pagi, barulah setiap pesanan pelanggan akan dimasak. Waktu penghantaran pula bermula pada pukul 11 pagi hingga 2 petang. Setakat ini, kawasan capaian Dietliciouss meliputi sekitar Kuala Lumpur seperti Ampang, Bangsar, Damansara dan pusat bandar raya. Tidak lama lagi, penghantaran akan diperluaskan sehingga ke Petaling Jaya dan Bandar Sunway, Selangor.

SERAMAI tiga penunggang motosikal ditugaskan bagi menghantar pesanan setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang.
SERAMAI tiga penunggang motosikal ditugaskan bagi menghantar pesanan setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang.

“Kami hanya menyediakan makanan tengah hari untuk penghantaran setiap hari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu kami melakukan penghantaran sajian sejuk beku manakala Ahad pula untuk mereka yang mahu mengambil sendiri pesanan sajian sejuk beku mereka,” tambah Norhuda ketika ditemui Pepatung di pejabat (dapur) operasinya di Ukay Perdana, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Dietliciouss menawarkan empat pelan pemakanan menarik bagi memenuhi keinginan dan keperluan setiap individu. Berikut merupakan empat pelan tersebut:

1) Healthy Eating

SAJIAN di bawah pelan ini sesuai untuk individu yang mahu memulakan rejim pemakanan sihat.
SAJIAN di bawah pelan ini sesuai untuk individu yang mahu memulakan rejim pemakanan sihat.

Pelan ini bertujuan untuk mereka yang mahu mengamalkan pemakanan sihat. Ia membantu memperbaiki tabiat pemakanan ke arah gaya hidup lebih sihat dan mendorong individu mencapai serta mengekalkan berat badan ideal. Cadangan amaun kalori bagi setiap sajiannya adalah di antara 350 hingga 420kcal. Setiap bekasnya dijual pada harga RM16 termasuk kos penghantaran. Untuk pakej seminggu (lima hari), pelanggan hanya perlu membayar RM75.

2) Weight Loss

PELAN ini didatangkan bersama snek.
PELAN ini didatangkan bersama snek.

Pelan paling popular dalam kalangan pelanggan. Dengan cadangan kalori sebanyak 300 hingga 350kcal, setiap sajian di bawah pelan ini membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan untuk tempoh jangka panjang. Ia turut disertakan bersama snek sama ada buah-buahan atau sandwic. Setiap bekas ditetapkan pada harga RM17 dan RM80 bagi mereka yang mengambil pakej seminggu (lima hari) termasuk kos penghantaran.

3) Muscle Food

MENU ini disediakan khas mengikut spesifikasi kalori pilihan pelanggan.
MENU ini disediakan khas mengikut spesifikasi kalori pilihan pelanggan.

Sajian ini amat berbeza daripada pelan lain. Ia direka untuk golongan atlet, ahli bina badan, jurulatih kecergasan dan mereka yang sedang membina otot. Justeru, jumlah kalori untuk setiap bekas ditetapkan secara spesifik mengikut kehendak pelanggan. Harganya juga berbeza-beza memandangkan setiap bekas mengandungi amaun kalori yang berlainan.

4) Weekly Meal Prep (sejuk beku)

SAJIAN sejuk beku ini mampu bertahan selama dua bulan.
SAJIAN sejuk beku ini mampu bertahan selama dua bulan.

Bagi individu yang tidak berkesempatan membuat pesanan harian, pelan pemakanan ini menjadi pengganti terbaik. Sajian sejuk bekunya disediakan mengikut tiga pakej. Pada harga RM115, pelanggan akan menerima tujuh sajian sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam bagi tempoh seminggu. Pakej 14 sajian pula ditetapkan pada harga RM220 manakala pakej 21 sajian dijual pada harga RM270 yang didatangkan bersama menu sarapan.

Meskipun sajian sejuk beku ini mampu bertahan selama dua bulan, Norhuda tidak menggalakkan pelanggannya mengambil dan menyimpannya dalam kuantiti banyak. Seelok-eloknya biarlah menu untuk tempoh seminggu sahaja disimpan.

Dalam memastikan ketahanan kualiti makanan ini, hanya bahan terpilih digunakan terutama sayur-sayuran. Sayur berdaun tidak digunakan sama sekali dan ia digantikan dengan sayur berlobak seperti lobak merah, kubis bunga dan brokoli bagi mengelakkan ia layu apabila dipanaskan. Cara pemanasan pula boleh dibaca pada penutup bekas sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau secara stim.

IMG_1028-1
HIDANGAN menggunakan gamat antara menu khusus untuk wanita yang sedang berpantang.

Selain empat pelan pemakanan tersebut, Dietliciouss juga baru memperkenalkan pelan menu berpantang, khusus untuk golongan ibu selepas bersalin. Sebanyak dua jenis menu disediakan secara harian dan dihantar ke kawasan senaraian biasa. Menunya dipelbagaikan sama ada menggunakan gamat, ikan haruan, ikan tenggiri, ikan merah, ayam atau daging. Hanya ikan terpilih digunakan dan pelanggan boleh memilih berdasarkan senarai yang ditetapkan. Menu sejuk bekunya bagaimanapun tidak didatangkan bersama nasi.

“Sajian khusus untuk wanita berpantang ini direka bagi membantu mempercepatkan pemulihan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, menggalakkan penghasilan susu ibu, menambah tenaga dan baik untuk sistem pencernaan. Pakej seminggu untuk pelan ini ditetapkan pada harga RM220 untuk 14 bekas,” ujar Norhuda.

SETIAP minggu menu yang ditawarkan disediakan mengikut tema bagi memberi variasi kepada pelanggan.
SETIAP minggu menu yang ditawarkan disediakan mengikut tema bagi memberi variasi kepada pelanggan.

Sementara itu, juga bakal mengembangkan penghantaran sajian sejuk bekunya ke Johor Bahru. Ia juga berhasrat untuk tampil dengan pelan makan malam. Menetapkan menu secara bertema setiap minggu, bagi mengetahui menu yang bakal disediakan pada hari berikutnya, pelanggan bolehlah mengunjungi laman Instagram mereka menerusi  atau . Untuk pesanan sila hubungi menerusi aplikasi WhatsApp di talian .

Nota: Kesemua foto merupakan milik mutlak Pepatung dan Instagram . Sebarang penggunaan atau penerbitan semula perlu dikredit termasuk menyertakan pautan alamat portal ini.

TINGGALKAN RESPONS