Perbezaan gula dalam kehidupan harian

0
37

GULA merupakan makanan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ini termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk proses fotosentesis.

Pemanis yang lebih dikenali sebagai glukosa itu terdapat dalam majoriti makanan, sayuran serta buah. Misalnya, pisang, betik, belimbing, roti canai, capati, sirap limau dan lain-lain.

FOTO / PLAYBUZZ

Ramai yang masih keliru perbezaan antara jenis gula yang kita gunakan. Kerana terdapat gula yang baik untuk tubuh, begitu juga yang memudaratkan.

Glukosa – Merupakan gula paling asas di dalam sel badan manusia. Turut dipanggil sebagai simple sugar atau blood sugar kerana ia mengalir melalui urat-urat dalam badan.

Fruktosa – Gula jenis ini terdapat banyak dalam sayuran, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Fruktosa sebenarnya lebih sukar untuk diuraikan berbanding glukosa.

Sukrosa – Merupakan kombinasi antara fruktosa dan glukosa. Nisbah adalah 50 : 50. Turut dikenali sebagai table sugar dan berasal daripada tebu.

Sirap jagung fruktosa tinggi – Merupakan gula yang telah diproses dan bertujuan sebagai pemanis makanan. Diperbuat daripada jagung.

FOTO / TASTE MADE

Bagi glukosa dan fruktosa, ia datang dalam kandungan gula asli. Ia diiringi protein, serat, mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Misalnya, ketika kita memakan sebiji buah oren, kita bukan sahaja mendapat fruktosa, malah serat serta vitamin A, B dan C.

Justeru, gula semula jadi yang terdapat dalam buah-buahan serta sayuran mengambil masa yang lebih lama untuk diuraikan oleh tubuh. Gula jenis ini akan menjadi tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Manakala, jika kita mengambil gula dalam bentuk sukrosa atau sirap jagung berlebihan, nilai serat pemakanan di dalam gula tersebut sangat sedikit. Dan ini akan menyebabkan ia mampu diurai dengan sangat pantas oleh badan.

 

SUMBER : SCIENCE NAZI

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini