Sihat

Mengapa kita selesa dengan bau kentut sendiri?

By  | 

KENTUT atau membuang angin di tempat awam atau ketika dikelilingi orang ramai masih disifatkan sebagai tidak sopan. Apabila kita terbau kentut orang lain, secara automatik kita akan menutup hidung, berasa kurang senang dan menegur individu terbabit.

FOTO/MEMEGENERATOR

Bagaimanapun, persepsi itu berubah apabila melibatkan kentut kita sendiri. ASAPScience mendedahkan, sebanyak 70 bilion kentut dilepaskan di seluruh dunia setiap hari, menjadikan purata 10 kentut datangnya daripada setiap individu.

Saintis turut mengesahkan menerusi satu ujian bau dengan mata ditutup (blind smell test), manusia selesa dengan bau kentut sendiri kerana bakteria yang menghasilkan bau tersebut adalah unik untuk setiap individu.

Bahkan, kajian tersebut mendapati, toleransi terhadap kentut turut dipengaruhi faktor seperti umur, budaya dan personaliti.

Apabila anda terhidu kentut orang lain yang berbau busuk (kentut tidak berbunyi), otak anda akan mengenal pasti ia sebagai sesuatu yang boleh memudaratkan tubuh, memandangkan kentut juga berupaya menyebarkan penyakit.

Kentut mampu menyebarkan streptococcus pyogenes, bakteria yang berpotensi menyebabkan radang tonsil dan penyakit pemakan daging, yang berpunca daripada partikel-partikel najis.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *