Lima cara mengelakkan ‘Miss V’ berbau

0
147
SINGLE AND LIVING FAB

KINI ramai lelaki sering mengadu isteri mereka mempunyai masalah kurang menyenangkan pada alat sulit.

Masalah tersebut semestinya akan menjejaskan prestasi di ranjang. Kencantikan luaran bukanlah ukuran segalanya jika bahagian intim wanita tidak dijaga.

Berikut merupakan lima langkah yang boleh dipraktikkan kaum Hawa untuk menjaga vagina agar ia tetap bersih dan berbau harum.

1 . Mengamalkan tairu dalam diet pemakanan

WITTY FEED

Tairu sangat kaya dengan kandungan bakteria laktobasilus yang membantu menyingkirkan bau kurang enak dari vagina. Malah ia juga mampu mengembalikan sukatan pH kepada normal. Anda boleh amalkan dengan memakan sebanyak dua cawan sehari. Lebih baik, tairu yang tidak berperisa.

2 . Pastikan seluar dalam anda sentiasa bersih

WITTH FEED

Pastikan anda sentiasa memakai seluar dalam yang benar-benar bersih. Kadangkala, jika anda mengambil seluar dalam yang belum kering dengan sempurna, akan bercambahnya spora-spora pada kain seluar dalam.

3 . Berjumpa dengan pakar

WITTY FEED

Ramai wanita yang malu untuk membuat pemeriksaan vagina. Hapuskan rasa segan itu dan biasakan diri berjumpa dengan pakar supaya bahagian keintiman anda sentiasa dalam keadaan baik.

4 . Menggunakan teh 

WITTY FEED

Ini merupakan cara tradisional namun anda boleh mencuba dengan mengamalkan membasuh vagina dengan air suam daun teh. Anda boleh mencampurnya dengan daun pudina.

5 . Kurangkan pengambilan daging merah

WITTY FEED

Tahukah anda, pengambilan daging merah berlebihan akan membuatkan anda berpeluh dengan kadar yang lebih dari kebiasaan. Dan ini akan membuatkan vagina anda juga berpeluh serta membuatkan ia berbau kurang menyenangkan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini