Lima amalan kebersihan yang sering diabaikan

0
37

TERDAPAT banyak amalan kebersihan penting yang sering kita abaikan. Justeru, kami mahu mengingatkan anda tentang lima pengabaian rutin kebersihan berikut:

1) Tuala mandi

bath_towels_brands_australia-elanlinen-com-au-c

Tahukah anda bahawa fungsi tuala mandi adalah menyerap sel-sel kulit mati dan bakteria semula jadi yang terdapat pada tubuh badan? Maka, pakar mikrobiologi berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS), Philip Tierno mencadangkan agar tuala mandi perlu ditukar selepas tiga kali penggunaan.

Namun, kebanyakan orang di Malaysia jarang mengambil berat rutin ini dan hanya menukar tuala mandi selepas ia berbau atau bertukar warna. Tempoh penggunaan juga barangkali melebihi seminggu.

2) Cadar dan sarung bantal

400tc-100-cotton-white-bed-sheet-for-jpg-c

Kajian yang dijalankan YouGov mendapati lebih sepertiga orang hanya membasuh cadar dan sarung bantal selang dua minggu. Katil berpotensi menjadi takungan bagi sel-sel, bakteria dan kumuhan tubuh manusia.

Setiap minggu, kulit manusia akan menggelupas kira-kira setengah auns. Kebanyakannya akan memenuhi tempat tidur.

Persekitaran katil yang lembap juga menjadi sarang ideal bagi hama untuk membiak. Setiap katil dianggarkan mempunyai sekurang-kurangnya 10 juta hama. Bahan buangan (najis) hama pula akan mengundang alahan kepada kulit manusia.

Setiap pagi, rajinkan diri dengan menarik duvet ke bawah dan buka tingkap bilik bagi membebaskan kelembapan. Jangan lupa untuk menukar cadar dan sarung bantal setiap minggu.

3) Bantal dan duvet

ssbeddingset-jpg-c

Kira-kira 45 peratus orang tidak pernah mencuci bantal dan duvet masing-masing. Mungkin ramai tidak tahu bahawa sepertiga berat daripada bantal yang berusia dua tahun terdiri daripada sel kulit mati dan bahan buangan hama.

Duvet pula mampu menjadi tempat ‘penternakan’ hama hidup dan mati, lebihan kulit menggelupas serta kulat. Jika tidak dibersihkan, ia akan mengundang alergi seperti rinitis dan jangkitan seperti konjunktivitis.

Bagi mengelakkan penyakit-penyakit tersebut, amalkan mencuci bantal dan duvet sekali selang beberapa bulan atau sekurang-kurangnya, dua kali setahun. Ganti duvet setiap lima tahun manakala bantal seelok-eloknya ditukar baharu setiap dua hingga tiga tahun.

4) Berus gigi

pexels-photo-65055-jpg-c

Dianggarkan terdapat 10 juta kuman pada sebatang berus gigi, sama ada bakteria ataupun virus selesema. Malah virus penyebab kematian seperti Hepatitis C juga pernah ditemui pada berus gigi. Maka elakkan berkongsi berus gigi.

Bukan itu sahaja, ramai orang mengabaikan kepentingan menukar berus gigi. Selagi berusnya tidak kembang ataupun pemegangnya tidak berkulat, selagi itu ia digunakan.

Jangka hayat berus gigi hanyalah selama tiga bulan. Ia juga mesti diganti selepas anda sembuh daripada sakit. Berus gigi perlu dibersihkan dengan kerap dan disimpan secara berasingan dalam kabinet tertutup. Jika ia diletakkan di ruangan terbuka, pastikan tempatnya jauh daripada tempat pembuangan najis (jamban).

5) Kain lap pinggan

yam7979_3-jpg-c

Satu ujian yang dijalankan Dettol di United Kingdom (UK) mendapati sembilan daripada 10 kain lap pinggan sangat tercemar oleh bakteria. Lebih separuh daripadanya dicemari E.coli manakala suku daripadanya mengandungi organisma dikenali sebagai Pseudomonas spp.

Bakteria-bakteria tersebut boleh menyebabkan jangkitan kecil pada kulit dan mata serta berpotensi mengundang penyakit berbahaya.

Sebanyak empat bilion bakteria hidup ditemui dalam kain lap pinggan terpakai secara purata, menjadikan ia enam kali lebih banyak berbanding pemegang pam tandas (toilet handle).

Bagi mengekalkan kebersihannya, bilas dan keringkan selepas setiap penggunaan. Elakkan menyangkut ia di kepala paip atau meletakkan di dalam sinki. Ganti kain lap pinggan baharu setiap bulan.

 

Sumber: Mirror

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini