Sihat

Krim mandian antibakteria Aiken yang mengelakkan anda daripada berbau seperti ‘ubat bergerak’

By  | 

PERNAHKAH anda mengalami kesulitan membeli sabun mandi antibakteria yang tidak berbau seperti ubat-ubatan? Jika ya, maka kami ada solusi terbaik untuk anda.

20150514143648_76702-jpg-c

Jenama Aiken yang telah mengeluarkan produk penjagaan diri sejak 30 tahun lalu kini tampil dengan empat variasi baharu bagi rangkaian mandian antibakteria.

Selain membasmi 99.9 peratus kuman berbahaya untuk perlindungan 24 jam, sabun antibakteria Aiken juga berbau harum, sekali gus membuatkan anda berasa nyaman tanpa digusari bauan seperti ubat-ubatan.

Sesuai digunakan seisi keluarga (tanpa batasan usia), empat variasi baharu Aiken itu juga diperkaya bahan-bahan semula jadi bagi melembap dan menyegarkan kulit serta selamat untuk kegunaan harian. Berikut merupakan empat variasi baharu daripada Aiken bagi memudahkan pilihan anda:

aiken-new-variants-jpg-c

1) Krim mandian antibakteria AIKEN – Protect & Energise

Diperkaya dengan ramuan semula jadi – limau Yuzu dan daun pudina, krim mandian antibakteria ini membantu memulih dan memberikan tenaga serta mencerahkan kulit dengan manfaat Vitamin C daripada sitrus limau Jepun Yuzu. Berdasarkan amalan turun-temurun, menggosok hirisan Limau Yuzu pada kulit dikatakan membantu mencerahkan kulit.

yuzu-webEKSTRAK LIMAU JEPUN YUZU MEMILIKI KEBOLEHAN MENCERAHKAN KULIT.

Penggunaan ramuan daun Pudina yang mendinginkan pula menjadikan ia krim mandian sempurna untuk kegunaan harian selepas seharian di bawah sinaran matahari.

2) Krim mandian antibakteria AIKEN – Protect & Purify

bamboo-charcoal-tube-2ARANG BULUH DIGUNAKAN BAGI MENYINGKIRKAN TOKSIN DAN KEKOTORAN DALAM BADAN.

Ia diperkaya dengan arang buluh semula jadi yang membantu membersihkan kulit jauh ke dalam dengan menyerap kekotoran dan meninggalkan kulit lebih bersih dan segar. Arang buluh sememangnya terkenal dengan kandungan antitoksin dan mampu menyerap jauh ke dalam kulit bagi menyingkirkan kekotoran, toksin dan radikal bebas sekali gus memberikan kesegaran sepanjang hari.

3) Krim mandian antibakteria AIKEN Protect & Moisturize

Diperkaya dengan dua pelembap semula jadi terbaik; avokado dan minyak argan, krim mandian ini sangat efektif dalam mengembalikan kehilangan lembapan daripada kulit. Buah avokado dikenali sebagai ramuan yang memiliki kandungan lemak sihat yang tinggi dalam pulpa dan sangat sepadan dengan minyak semula jadi yang terdapat dalam kulit.

avocado-sliced-in-halfBUAH AVOKADO KAYA DENGAN LEMAK SIHAT BAGI MELEMBAPKAN KULIT.

Minyak argan pula kaya dengan vitamin E yang bertindak sebagai agen penyerap untuk memberi rangsangan kulit secara semula jadi. Justeru, kombinasi dua bahan semula jadi ini menjadikan ia ultra-pelembap bagi memberikan sentuhan selembut baldu pada kulit tanpa kesan berminyak.

4) Krim mandian antibakteria AIKEN Protect & Brightening

big_thumb_e9dd3e2602bdc507aa0be77b3e3bd60fDAUN DARIPADA POKOK SAKURA MEMBANTU MENGELAKKAN KEROSAKAN KULIT.

Gabungan daun sakura dan pokok akar manis membantu proses pencerahan secara semula jadi tanpa menghakis kulit. Ekstrak daun sakura yang mengandungi asid kafeik dan antioksidan mengukuhkan keupayaan badan untuk menghindari kerosakan oksidatif pada kulit. Pokok akar manis pula membantu mencegah hiperpigmentasi.

Rangkaian mandian antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua saiz; botol (picit) bersaiz 900 gram (g) yang dijual pada harga RM18.20 manakala pek botol isian semula 850g pula dijual pada harga RM12.30.

Keempat-empat variasi baharu tersebut dan produk Aiken yang lain boleh didapati di semua cawangan peruncit utama, pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *