Sihat

Kajian mendapati sebuah kolam renang dicemari 317 cawan air kencing

By  | 

SEKUMPULAN penyelidik dari Univeriti Alberta, Kanada, menerusi satu artikel yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan tahap urin (air kencing) yang terdapat di dalam kolam-kolam renang.

Sebanyak 250 sampel melibatkan 31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada dikumpulkan untuk penyelidikan tersebut.

Keputusan mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air (kira-kira 1/3 keluasan kolam renang Olimpik), dicemari 75 liter urin, bersamaan dengan 317 cawan atau 75 kilogram. Kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

FOTO: JEZEBEL.COM

Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril), bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap efek kesihatan yang akan dialami para pengguna fasiliti awam tersebut.

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang ideal’.

Sumber: Reuters

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *