Kebenaran tentang obsesi thigh gaps

0
14

KEBANYAKAN wanita begitu obses terhadap thigh gaps. Bagi mereka, kehadiran ruang antara celah paha itu mampu memberikan daya penarik terhadap penampilan masing-masing. Justeru, tidak hairan jika ada segelintir wanita yang cuba untuk berdiet dan bersenam semata-mata mahu memperoleh thigh gaps.

Sedarkah anda bahawa seseorang individu itu tidak boleh memilih di manakah bahagian lemak yang ingin disingkirkan? Sebagai contoh, melakukan 100 crunches tidak menjadikan perut anda persis model Victoria’s Secret. Ini kerana, bagi mendapatkan bentuk tubuh yang ideal, anda perlu mengamalkan diet dan senaman yang seimbang.

Penyanyi dan pelakon, Demi Lovato turut berkongsi tentang perkara yang sama menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.

A photo posted by Demi Lovato (@ddlovato) on

Regardless of what society tells you these days… You don’t have to have a thigh gap to be beautiful. It is possible to love your body the way it is. #fitness #health #acceptance #selflove

Sama juga dengan obsesi terhadap thigh gaps, perkara tersebut merupakan perkara yang tidak realistik untuk dicapai. Squats, lunges dan berlari tidak akan menambah jarak antara celah paha anda kerana senaman tersebut membantu mengentalkan otot, bukan membakar lemak. Tambahan pula, kekentalan otot tidak akan mengurangkan jarak paha anda.

Selain itu, thigh gaps berlaku kerana genetik. Ada segelintir individu yang dilahirkan begitu. Tetapi, untuk kebanyakan orang, ia bukan satu perkara yang boleh diubah-ubah. Tiada satu pun tubuh badan yang sempurna di muka bumi ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini