Gaya Hidup

Jenis fon yang wajar dan tidak wajar digunakan dalam resume

By  | 

MEMILIH fon (font) yang tepat untuk resume barangkali mampu meningkatkan peluang anda berbanding calon temu duga lain. Baru-baru ini Bloomberg menemu bual tiga pakar dalam bidang tipografi berhubung jenis-jenis fon yang wajar dan tidak wajar dijadikan latar penulisan utama sesebuah resume. Berikut merupakan lapan fon yang dibicarakan.

1) Helvetica

2-font Foto: galleryhip

Pengarah kreatif Brian Hoff Design, Brian Hoff menjelaskan: “Helvetica amat ringkas dan ia tidak condong ke mana-mana arah. Fon ini tampak profesional, ringan dan jujur. Ia merupakan fon yang selamat untuk digunakan dan mungkin disebabkan itu ia popular dalam dunia korporat.”

2) Proxima Nova

3-font Foto: Bloomberg

Mirip Helvetica, cuma fon ini tidak didatangkan dengan percuma dalam perisian seperti Microsoft Word. Anda perlu membelanjakan wang sebanyak RM103 (AS$29) untuk sejenis fon ini dan RM2,612 (AS$734) untuk kesemua 144 jenis fon Proxima Nova. Tambah Hoff: “Fon ini lebih lembut berbanding Helvetica dan setakat ini kesemua klien saya menggemarinya.”

3) Garamond

4-font Foto: facebookandtwitterblog

Fon ini sesuai untuk mereka yang berpengalaman kerana ia mampu ‘memampatkan’ maklumat yang panjang dalam satu muka surat sahaja.

4) Times New Roman

5-font Foto: ryancmp

Fon paling popular dan menjadi pilihan ramai setiap kali menyediakan resume. Bagaimanapun, pereka dan penulis teks (letterer) di Berlin, Jerman, Martina Flor mengelaskan fon ini sering disalah guna dan telah berada di dalam sistem untuk tempoh yang terlalu lama. Bakal majikan mungkin akan memberi pandangan sinis kepada anda kerana masih menggunakan fon lapuk ini.

5) Didot

6-font Foto: YouTube

Pengarah kreatif Collins, sebuah konsultan penjenamaan di San Francisco, Amerika Syarikat, Matt Luckhurst berpendapat: “Sekiranya anda mahukan sesuatu yang tampak mahal, gunakan Didot. Ia tinggi dan sedikit bergaya serta agak feminin. Ia sempurna untuk mereka yang memohon pekerjaan dalam bidang fesyen.”

6) Zapfino

7-fony Foto: Bloomberg

Jangan sesekali gunakan fon ini di dalam resume anda. “Fon ini lebih sesuai digunakan dalam kad undangan perkahwinan kerana ia amat berseni,” ujar Luckhurst. Flor pula menambah, apa sahaja jenis fon daripada keluarga Zapfino tidak boleh digunakan untuk resume. Selain sukar dibaca, ia juga tidak direka untuk keterangan panjang.

7) Courier

8-font Foto: wikimedia

“Jika anda tidak mempunyai mesin taip, jadi usah berpura-pura seperti anda memilikinya,” pesan Luckhurst. Penggunaan fon ini untuk resume akan kelihatan seperti anda menggunakan komputer bagi menghasilkan penulisan tangan. Justeru fon ini sangat ditegah!

8) Comic Sans

9-font Foto: wikimedia

Nama fon ini sahaja cukup untuk menggambarkan rekaannya. Jangan risikokan peluang pekerjaan anda dengan menggunakan fon ini di dalam resume. “Ia tidak seharusnya digunakan melainkan anda memohon untuk belajar di kolej badut,” sindir Hoff.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *