HINDUSTAN TIMES

LIMA ahli keluarga kapten Bhasin kini merupakan juruterbang bertauliah. Ia termasuk kapten Rohit Bhasin sendiri, isteri, dua anak dan moyang mereka. Generasi Bhasin telah bergiat dalam dunia penerbangan hampir 100 tahun.

Datuk mereka ialah pencetus kepada bercambahnya minat industri penerbangan dalam kalangan keluarga.

Kapten Jai Dev Bhasin merupakan antara tujuh juruterbang yang menjadi komander di India pada tahun 1954.

Cucu menantunya pula, Nivedita menjadi juruterbang Indian Airlines, yang juga menjadi wanita ketiga dalam keluarga memilih untuk menyertai industri penerbangan.

HINDUSTAN TIMES

“Sebagai anak, saya sering melihat ibu saya bersiap untuk bekerja dan pada masa itu, terdetik di hati bahawa saya teringin menjadi sepertinya suatu hari nanti,”¬†kongsi Niharika, 26, menerusi kenyataan yang dipetik menerusi Hindustan Times.

Walaupun ketika waktu kecil, mereka jarang bersama ibu bapa, namun ia bukanlah masalah yang besar kerana persekitaran sebegitu dianggap mereka sebagai normal.

Kini, mereka mampu berbangga atas pencapaian mereka sekeluarga kerana semua memilih bidang yang sama.

Walaupun hanya sempat meluangkan masa bersama sekitar lima hingga enam hari sebulan, namun ketika ditanya adakah anak perempuan mereka kelak akan berkahwin dengan seorang juruterbang?

Jawapan yang diberikan juga memberi bayangan bahawa mereka mahu meneruskan legasi keluarga yang berkecimpung dalam industri penerbangan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini