Datuk Mohd. Aris anak Melayu pertama dilantik sebagai datuk bandar di England

0
107
FOTO/HARITH SIDEK

ALLAHYARHAM Datuk Mohd. Aris Ahmad dilahirkan di Johor. Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Inggeris Bukit Zaharah bermula 1948 sehingga 1951.

Selepas tamat persekolahan, Mohd. Aris menyertai askar dan bertugas di kawasan panas, iaitu Grik yang ketika itu merupakan salah satu markas pihak Komunis.

Sewaktu terlibat dalam operasi SAS yang diketuai Jeneral Sir Gerald Templer, antara tugas-tugas yang perlu mereka laksanakan adalah mengumpulkan orang asli ke kawasan selamat supaya mereka tidak diperalatkan Komunis.

Akhirnya, pada tahun 1957, setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke England.

Setibanya di sana, beliau bekerja sebagai kerani untuk menyara hidup dengan menerima gaji sebanyak £18 seminggu.

Namun, atas inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup, beliau berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Manchester dalam jurusan Ekonomi dan Sains Politik.

Mohd. Aris kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Renee Ahmad dan dikurniakan dua cahaya mata, Karen Brookes dan Paul Ahmad.

CHESHIRE WEST AND CHESHIRE COUNCIL

Selepas beberapa tahun, beliau sekeluarga berhijrah ke Winsford daerah Cheshire dan merupakan keturunan Melayu tunggal yang menetap di situ.

Beliau juga membuka sebuah kedai menjual alatan besi bersama menantu. Namun pada masa yang sama, terlibat aktif dalam kesatuan pekerja setempat.

Karier politik beliau bermula pada tahun 1983 apabila dilantik sebagai wakil rakyat bagi majlis tempatan Winsford. Kemudian, pada tahun 1988, beliau dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandar Winsford.

KITAB TAWARIKH

Menjelang umur 55 tahun, Mohd. Aris menduduki kerusi Datuk Bandar Winsford untuk tempoh setahun. Pencapaian yang memberangsangkan itu telah mendapat liputan di Malaysia.

Beliau dikurniakan Pingat Setia Mahkota Johor yang membawa gelaran Datuk. Setelah beberapa ketika berbakti kepada rakyat di England, Mohd. Aris meninggal dunia pada umur 61 tahun akibat serangan jantung.

Jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan Stoke-Trent Staffordshire. Kisah beliau patut dijadikan panduan semua lapisan masyarakat untuk sentiasa berusaha dan berjaya walaupun berada di tempat orang.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini