Impak positif perceraian ibu bapa terhadap anak-anak

0
49

SUDAH biasa didengar, kebanyakan ikatan perkahwinan akan berakhir dengan perceraian. Jika bukan anda yang tergolong dalam kalangan mereka yang berada dalam keluarga yang berantakan, mungkin teman-teman anda mengalaminya.

Bukan mudah apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Sehinggakan, anda mungkin berasa bahawa kehidupan anda sekeluarga telah pun berakhir. Jangan cepat menyalahkan takdir. Masih ada beberapa sisi dan impak positif terhadap perpisahan kedua orang tua anda. Bak kata pepatah, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Apakah sebab tersebut? Teruskan pembacaan anda:

1) Kehidupan di rumah akan menjadi lebih sihat
Ibu dan bapa adalah manusia, dan manusia melakukan kesilapan. Jika berlakunya perkara-perkara kurang sihat dalam rumah tangga (pergaduhan, penipuan dan penderaan), memutuskan untuk bercerai mampu memberikan suasana dalam rumah yang lebih stabil.

2) Dua rumah lebih bagus daripada satu
Kebanyakan individu mungkin hanya ada satu tempat tinggal. Namun, sebagai anak-anak, anda bertuah kerana mempunyai dua bumbung untuk dihuni. Setiap rumah mempunyai peraturan tersendiri. Ini bermakna, tinggal di dua kediaman berbeza dapat memberikan kelebihan tersendiri.

3) Dan menambah bilangan adik-beradik
Jika ibu dan bapa anda bercerai dan berkahwin lain, anda mungkin dapat mengenali adik-beradik tiri baharu sepanjang proses tersebut. Benar, menerima ‘ahli keluarga’ baharu dalam hidup bukan perkara yang mudah. Namun, ia sangat penting untuk bergaul dengan keluarga baharu anda. Bayangkan keluarga Kardashians-Jenners. Meriah bukan?

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini