Idea dekorasi Krismas H&M Home

0
76
Sebelum1/10Seterusnya

Dekorasi Krismas H&M Home 2014

4-h&m home

 

TRANSFORMASIKAN kediaman anda bersama gebar (throw) bulu palsu dan sarung kusyen berona putih sejuk (winter white) sempena Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi. Bagi menyuntik sedikit sentuhan glamor, susun kusyen-kusyen metalik dengan pilihan sarung berwarna kuning loyang (brass), tembaga dan perak di ruang tamu anda.

Kesemua item dekorasi ini kini boleh didapati di butik H&M Home. Gabungan tekstur item-item tersebut menjadikan bahagian utama rumah anda lebih menyenangkan saat menerima kunjungan tetamu. Kusyen campuran (melange) yang didatangkan dalam bayangan semula jadi putih pula pasti menarik apabila diatur bersebelahan kusyen baldu berona merah pekat atau anda boleh memilih yang berperincikan renda.

Bagi menghidupkan suasana kediaman yang lebih harmoni, hiaskan ruang kediaman anda bersama pilihan bekas lilin kecil (tea light holder) sama ada dengan rekaan terbuka agar cahaya lilin menerangi terus rumah anda atau bekas metalik untuk pencinta sentuhan moden.

Ketika mempelawa keluarga dan rakan-rakan anda ke rumah, siapkan meja makan anda dengan konsep mewah menggunakan alas meja (table cloth) dan selendang meja (table runner) berenda merah. Serikan lagi dekorasi meja anda bersama kain pelapik pinggan (placemat) bercorakkan mesej-mesej bertema perayaan.

Aturkan pula kaki lilin berisikan lilin-lilin menegak (pillar) yang berbeza ketinggian dan bayangan. Kemudian, susun pinggan-pingan porselin bersama piring, mangkuk dan kotak kecil  dengan rekaan romantik. Sempurnakan tema meja mewah anda dengan kain napkin bertatahkan batu permata.

KONGSI
Artikel sebelumnyaMariah Carey hilang bisa
Artikel seterusnyaColdplay akan berpecah – Chris Martin
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini