HHWT

JIKA anda merupakan penduduk yang bermastautin di Kuala Lumpur, pasti ada waktunya anda berasa tertekan.

Mungkin kerana bebanan kerja, atau masalah lain, anda sering mendambakan percutian mendamaikan bagi merehatkan minda untuk sejenak.

Namun, usah khuatir, kerana di Kuala Lumpur juga terdapat beberapa penginapan menarik yang boleh dijadikan inspirasi untuk eskapisme hujung minggu anda.

1 . Taman Sari

HHWT
HHWT

Tempat menarik ini terletak di jalan Hulu Langat Jaya dengan jarak perjalan sekitar 45 minit dari ibu kota. Berkonsepkan suasana kampung, Taman Sari pasti membuatkan anda berasa damai ketika bangun di awal pagi.

Terdapat dua pilihan iaitu, The Bothy (RM350 semalam) dan The Cottage (RM400 semalam) yang seakan inap desa.

Di samping itu, mata anda akan disajikan dengan panorama taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan persis taman larangan Istana Melaka.

2 . Sekeping Tenggiri

HHWT
HHWT

Hotel ini sebenarnya terletak di Bangsar. Pasti ramai yang tidak menyangka, di tengah kawasan sub-urban itu berdirinya sebuah permata moden yang sempurna untuk dijadikan eskapisme pantas bersama pasangan. Harga minimun adalah sekitar RM220 semalam.

3 . Hotel Stripes

HHWT
HHWT

Sesuai untuk pasangan yang gemarkan suasana kota. Sentuhan moden hotel ini pasti membuatkan anda seperti kembali ketika awal perkahwinan.

Bangkitkan semarak asmara asmara bersama pasangan dengan bermalam di sini. Harga bermula daripada RM285 semalam.

4 . Villa Samadhi

HHWT

Vila berkonsep tropika ini hanya memakan masa selama 10 minit dengan berjalan kaki ke pusat bandar.

Vila ini ditunjangi dengan elemen kemelayuan dengan rimbunan atap rumbia, malah konsep hiasan dalaman juga diterapkan dengan unsur-unsur Asia dari segenap negara.

Tidak perlu untuk ke Bali mahupun Lombok, anda boleh menginap di sini dengan harga bermula daripada RM669 semalam.

5 . Hotel Majestic

HHWT
HHWT

Untuk mereka yang berjiwa Anglophile, anda boleh menikmati suasana persis zaman pemerintahan kolonial British.

Jika dilihat, elemen-elemen Inggeris ketara pada padanan warna putih dan struktur hiasan dalaman serta luaran.

Kini anda boleh merasakan pengalaman unik dengan bermalam di hotel ini bermula pada harga RM650.

6 . Templer Park Rainforest Retreat

HHWT

Terletak di Rawang dan bersaksikan panorama hutan hujan di Templer Park, kini anda boleh menikmati pengalaman baharu dengan bermalam dan melakukan aktiviti bersama keluarga di sini.

Malah, anda juga boleh beriadah sambil menerokai kawasan sekitar, misalnya Bukit Takun, air terjun Kanching dan juga kolam air panas Selayang.

Harga bermula daripada RM1,605 pada hari biasa, RM1,300 pada hujung minggu dan RM1,450 ketika cuti umum.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini