Enam hotel unik yang mesti dikunjungi pengembara tegar

0
16

BUAT kaki melancong, anda pasti sentiasa mencari tempat-tempat yang unik untuk bermalam. Ada antara mereka kurang gemar melabur wang yang banyak untuk tempat tinggal dan lebih cenderung membelanjakan wang untuk aktiviti-aktiviti lain sewaktu melancong.

Tetapi, apa kata anda cuba untuk bermalam di salah sebuah hotel yang boleh dikatakan agak unik berikut. Bak kata orang, pengalaman itu penting.

Jika anda ke Finland, jangan lepaskan peluang menginap di hotel Igloo. Sesuai untuk mereka yang ingin lari daripada kesibukan dan pencemaran cahaya neon di bandar.

Anda boleh tidur lena di Hotel Igloo sambil bersaksikan bintang-bintang bertaburan di langit. Dan anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan fenomena aurora jika anda bertuah!

FOTO / KAKSLAUTTANEN
Untuk kelainan yang eksotik, anda mungkin boleh membelanjakan sekitar 10 pound sterling bagi menikmati malam anda dengan tidur di hotel pasir yang terletak di Dorset, England. Anda boleh tidur sambil mendengar deruan ombak, sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan buat mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu. Tetapi tiada tandas disediakan.
FOTO / SANDCASTLE HOTEL

Di Turki pula, anda boleh kembali ke abad kesembilan dengan bermalam di The Cave Hotel. Di sini anda boleh membayangkan diri anda hidup di zaman purba dan seakan-akan berada di dalam filem The Lord of The Rings.

FOTO / YUNAK EVLERI
Jika anda mengembara ke Sweden, lencongkan kaki ke Lapangan Terbang Arlanda. Rasai pengalaman menginap di The Jumbo Hostel. Jarak hostel adalah dari lapangan terbang tersebut memakan masa 10 minit perjalanan. Berasal daripada kapal terbang boeing 47 dan telah berkhidmat selama 26 tahun, ia diperbaharui menjadi sebuah hostel.
FOTO / DAILY MAIL

Di Bolivia, anda boleh cuba untuk bermalam di The Salt Hotel yang terletak di kawasan bergaram. Uniknya hampir kesemua perabot dan peralatan di hotel ini diperbuat daripada bongkah-bongkah garam.

FOTO / Natinonal Geographic

Tidak ketinggalan, penginapan idaman kepada mereka yang berjiwa pengembara. Ia agak mahal, tetapi berbaloi untuk merasai pengalaman bermalam di Poseidon Undersea Resorts.

Hotel dasar laut di kepulauan Fiji itu membolehkan anda tidur sambil melihat hidupan-hidupan laut berenang bebas. Anda bagaikan berada di dalam sebuah akuarium!

FOTO / TOP DIGEST

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini