9 rumah unik yang dibina di kawasan pelik

0
151
SHAREABLY

TERDAPAT ramai manusia yang sukakan privasi. Mereka yang gemarkan privasi cenderung untuk mendiami kawasan yang jauh dari hiruk-pikuk kota. Misalnya, ada antara mereka yang membeli tanah dan membina sebuah rumah.

Namun terdapat juga individu yang membina kediaman di kawasan di luar kotak fikiran.

1 . Rumah agam ngarai, Utah, Amerika Syarikat

SHAREABLY
SHAREABLY

Rumah ini dibina pada tahun 1986 oleh sepasang suami isteri yang inginkan sebuah kehidupan persis berbulan madu sepanjang hayat. Kini, terdapat tour yang boleh anda ikuti jika berhajat untuk melawat rumah ini.

2 . Rumah tepi gaung, Coquimbo, Chile

SHAREABLY

“Bukit jangan cakap Cik Hasnah, bapak saya cakap, kalau nak buat rumah, baik di atas Cameron Highlands.”

Itulah petikan dialog dalam filem Madu Tiga. Rumah moden ini terletak di negara Chile dan mempunyai dua tingkat. Pelancong boleh melawat rumah ini dengan mengikuti agen tour.

3 . Banglo di hutan Pines, Kanada

SHAREABLY

Rumah mewah ini dibina di tengah hutan pine, dan bermalam di sini umpama berada dalam filem Twilight. Ikuti tour yang ditawarkan jika anda berhajat untuk bermalam di sini.

4 . Vila Vals, Vals, Switzerland

SHAREABLY

Undang-undang tempatan tidak membenarkan penduduk di sini membina rumah yang tinggi kerana bimbang mengganggu landskap berbukit di Vals.

Maka seorang arkitek telah berfikir di luar kotak dan terbinalah sebuah rumah yang unik. Anda boleh menyewa rumah ini untuk bercuti bersama keluarga.

5 .Rumah persis bunker di Texas

SHAREABLY

Jika dilihat dari luaran, ia kelihatan seperti sebuah bukit yang dilitupi oleh rumput. Namun rumah ini dibina dengan dekorasi moden serta dilengkapi dengan kolam renang. Layari laman web untuk mengetahui bagaimana anda boleh bermalam disini.

6 . Chalet tepi tasik, Hordaland, Norway

SHAREABLY
SHAREABLY

Rumah ini dibina bertujuan untuk mengekalkan panorama di sekitar tasik tersebut. Jika dilihat dari jauh, seperti tiada perubahan namun, rumah ini dilengkapi dengan perabot dan peralatan moden.

7 . Rumah di atas kompleks beli-belah, Hunan, China

SHAREABLY

Rumah unik ini dibina di atas sebuah kompleks beli-belah dan disebabkan populasi di Hunan mencecah 4 juta penduduk, arkitek muncul dengan idea unik ini. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembinaan rumah tersebut.

8 . Rumah gurun, California

SHAREABLY

Rumah ini dibina di pertengahan gurun di California. Dibina daripada konkrit, besi, tembaga dan kaca, ia tampak lebih menarik menjelang malam, terutamanya saat matahari terbenam. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

9 . Hotel mikrokiub, Lapland, Sweden

SHAREABLY
SHAREABLY

Dinding luaran hotel ini yang dibina menggunakan pantulan cermin telah memberi refleks seperti tiada sebuah bangunan yang terbina jajaran hutan tersebut.

Konsep mencintai alam sekitar menjadi asas terhadap pembinaan hotel tersebut. Anda boleh bermalam dengan menekan butan klik di sini untuk mengetahui harga pakej yang ditawarkan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini