Hidup Berdikari Sendiri

0
201

BAGI sesetengah individu, hidup secara sendiri merupakan kunci kebebasan utama selepas tamatnya zaman remaja. Tiada gangguan rakan serumah, tiada bebelan ibu, tiada tangisan adik kecil. Walaupun ia merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokan, namun, anda perlu mengambil tahu tentang setiap perkara yang berlaku di dalam rumah anda. Rumah sendiri atau menyewa, bakul sampah kalau tidak dibuang isinya pasti akan mengundang lalat! Berikut adalah tips dan cara untuk hidup bersendirian yang ditulis oleh Carlye Wisel.

Bertanggungjawab.
Memandangkan anda merupakan penghuni tunggal di dalam rumah itu, anda perlu memastikan setiap perkakasan berada dalam keadaan teratur. Periksa keadaan mesin basuh, pendingin hawa dan paip tanda sekerap yang mungkin. Jika ada menyewa, pastikan tuan rumah tahu jika ada antara perkakasan di rumah itu telah rosak.

Keselamatan itu penting!
Jangan teragak-agak untuk memeriksa keadaan di sekeliling rumah jika intuisi anda kuat mengatakan ada yang tidak kena di sekitar tempat tinggal anda. Berhati-hati jika pulang dalam keadaan lewat dan sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, kunci pintu dengan segera. Sebaik-baiknya, hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu, bapa atau teman rapat anda dengan memberitahu anda telah selamat sampai ke rumah.

Beli kotak pertukangan
Mungkin anda tidak memerlukannya setiap masa tetapi apabila ada antara perabot yang mulai longgar, pasti anda akan tercari-tercari pemutar skru mahupun gam kayu. Jika semuanya tersimpan rapi di dalam sebuah kotak, anda mampu menjimatkan masa disamping dapat menyelesaikan kerja-kerja membaik pulih perabot dengan mudah.

Jangan terlalu menyendiri
Duduk secara sendiri memang menyeronokan. Tiada gangguan pada hari Ahad dan anda bebas untuk tidak bangun bersarapan pada hari cuti umum. Namun, ada baiknya jika anda dapat meluangkan masa selama beberapa minit bercakap dengan keluarga atau rakan baik anda melalui panggilan telefon.

Jangan lupa bersosial
Jangan asyik menyendiri. Alu-alukan kedatangan sahabat baik anda untuk makan malam bersama sambil menonton rancangan televisyen kegemaran kalian.

Kredit gambar: Lianna Tarantin

KONGSI
Artikel sebelumnyaTrend Bibir Berwarna Terang
Artikel seterusnyaAdam Levine Perangkan Rambut
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini