#Hashtag kreatif untuk resepsi perkahwinan

0
290

SEDAR atau tidak, urusan harian banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun. Dengan kehadiran sambungan internet yang boleh didapati pada hampir setiap telefon pintar, informasi serta maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan cepat. Bukan itu sahaja, malah, carian juga mampu dilakukan dengan pantas.

Kemunculan penggunaan hashtag sebagai contoh mampu memudahkan anda mencari sesuatu perkara yang berkaitan dengan sebarang majlis atau acara. Tambahan pula, penggunaan simbol # itu telah diterapkan dalam beberapa platform media sosial antaranya Twitter, Instagram dan Facebook. Biasanya, hashtag direka dengan rangkaian kata kreatif agar ia mudah untuk diingati.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan hashtag juga turut diimplentasikan terhadap penganjuran majlis berbentuk peribadi seperti sambutan hari lahir, majlis pertunangan dan perkahwinan. Hashtag digunakan bagi memudahkan individu yang diraikan untuk melihat gambar-gambar yang diambil oleh teman-teman sepanjang usai berlangsungnya majlis.

Anda mahu menggunakan hashtag bagi majlis perkahwinan yang akan datang tetapi buntu memikirkan kata-kata kreatif yang sesuai? Pepatung ada penyelesaiannya:

1) ‪#‎FatimaHairyNikahHariIni‬
2) ‪#‎ijabqabulFaizalQistina‬
3) ‪#‎tendaBiruJeslinaEusoff‬ (boleh ditukar mengikut warna tema resepsi anda)
4) ‪#‎ikatanjanjiafter5years‬
5) ‪#‎malamnikamitidurberdua‬
6) ‪#‎IniHashtagKahwinKami‬
7) ‪#‎SebuahResepsiDiCarcosaSeriNegara‬ (boleh ditukar mengikut lokasi: The Duches Place atau Teluk Intan)
8) ‪#‎DiLarangTapauLaukYaMakCik‬

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini