Google Maps bakal perkenal fungsi mengesan parkir kosong

0
6

LELAH mencari parkir kosong, terutama pada peak hours? Perasaan bimbang anda boleh dibuang jauh-jauh kerana penyedia peta digital terkemuka, Google Maps bakal memperkenalkan fungsi mengesan ruang parkir kosong tidak lama lagi.

Jika anda menetapkan perjalanan bermula dari lokasi A ke lokasi B, ikon kecil berwarna biru dengan huruf P akan muncul bersebelahan pada anggaran masa yang ditetapkan. Bersama anggaran masa, disertakan juga anggaran ruang parkir di lokasi B yang dituju, dengan label Easy dan Medium (easy membawa maksud senang mencari parkir manakala Medium sedikit sukar).

Jika ruang parkir terhad, ikon akan berubah warna menjadi merah.

Hanya diterbitkan untuk pengguna beta buat masa ini, fungsi ini akan mula dinikmati sepenuhnya oleh umum tidak lama lagi.

Menerusi percubaan beta, fungsi ini juga terhad pada beberapa pusat beli belah, lapangan terbang dan beberapa tempat awam.

Kredit: Android Police

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini