SELEPAS melancarkan rangkaian bagasi pintar yang mempunyai sistem nyahkunci dengan sambungan Bluetooth, terbaharu, syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka dari China, Xiaomi melancarkan bagasi dengan ciri-ciri keselamatan menggunakan cap jari.

Cap Jari

Sistem cap jari yang diguna oleh Xiaomi merupakan teknologi asal Sweden. Teknologi tersebut mendapat kelulusan keselamatan daripada sebuah syarikat dari Amerikat Syarikat yang terkenal dengan pembuatan sistem keselamatan.

Dinamakan sebagai 90 Point Smart Suitcase, koleksi terbaharu bagasi ini diperbuat daripada plastik Markolon dari Jerman.

FOTO/YOUPIN

Ia bersifat tahan lasak memandangkan bahan tersebut diperkukuhkan dengan besi pada bahagian dalam.

Sementara itu, roada pada bahagian bawah bagasi tersebut berkebolehan untuk berputar sehingga 360 darjah, sekaligus memudahkan pengguna untuk menarik beban yang dibawa.

FOTO/YOUPIN

Bagaimanapun, berat bagasi ini adalah siktar 14 kilogram. Biarpun agak berat untuk sebuah bagasi kosong, namun, ia mampu menampung beban sehingga 40 kilogram.

Bagasi ini djiual menerusi laman web Youpin dengan harga RMB799 (RM497). Namun, pihak Xiaomi masih tidak mengumumkan sama ada bagasi 90 Point Smart Suitcase ini akan dipasarkan di seluruh dunia atau tidak.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini