BERGEMBIRALAH! Instagram akhirnya memperkenalkan ciri membisukan (atau mute) pada aplikasi telefon bimbit mereka.

Ciri ini diwujudkan supaya anda boleh ‘menghilang’ rakan-rakan yang anda ikuti di Instagram daripada susur masa, tanpa membuang mereka daripada senarai following.

FOTO/AMANZ

Menerusi pilihan ‘Mute‘, anda masih boleh mengikuti perkongsian seseorang dengan pergi ke halaman profil mereka. Anda juga akan terus menerima notifikasi sekiranya anda ditag pada perkongsian mereka.

Seperti laman-laman sosial lain (Twitter dan Facebook), pengguna yang anda ‘Mute‘ itu tidak akan mengetahui sama ada anda telah ‘Mute‘ mereka daripada susur masa anda.

Untuk mengaktifkan pilihan tersebut, anda boleh tap pada menu sesuatu perkongsian (pada penjuru kanan gambar dan dipaparkan dalam bentuk tiga titik). Kemudiannya, anda boleh tap pada ‘Mute‘.

Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini