Percikan nostalgia Blackberry Key2

0
45

MASIHKAH anda ingat jenama telefon pintar Blackberry? Pasti ramai yang menganggap syarikat tersebut tidak lagi aktif mengeluarkan telefon bimbit memandangkan ramai pengguna telah beralih pada telefon pintar yang dikuasakan oleh iOS dan Android.

Ternyata, telahan anda silap. Baru-baru ini, Blackbbery yang kini melesenkan hak pengeluaran telefon bimbit kepada pembuat telefon bimbit dari China, TCL telah melancarkan sebuah telefon bimbit yang dikenali sebagai Blackberry Key2.

Seperti beberapa telefon bimbit generasi baharu keluaran Blackberry di bawah TCL, ia dikuaskaan oleh Android dan boleh dikatakan setanding dengan model telefon bimbit popular masa kini.

Model dengan papan kekunci ini merupakan model kedua selepas Blackberry KeyOne dilancarkan tahun lalu. Bagaimanapun, buat masa ini, masih tiada lagi pengumuman tentang tarikh pelancaran Key2 di Malaysia.

Jika Blackberry merupakan telefon pintar pertama anda, adakah anda akan kembali menggunakan Blackberry Key2?

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini