Honor bakal lancar telefon pintar baharu dengan virtual reality

0
14

PENGELUAR telefon pintar antarabangsa, Honor akan memperkenalkan model telefon pintar yang terbaik di Malaysia. Keluaran terkini itu disesuaikan dengan peredaran semasa dan memenuhi kehendak generasi millenial yang sukakan cabaran.

Telofon pintar baharu Honor tersebut tercipta hasil daripada perkongsian strategik dari segi permainan, fotografi dan teknologi virtual reality. Dengan cara ini, telefon pintar Honor bukan sahaja menawarkan pengalaman penggunaan yang hebat, malah menjadi sebuah telefon pintar yang mempunyai prestasi lebih maju.

Wakil Honor Malaysia menyatakan, pemfokusan terhadap pasaran dalam talian telah menyaksikan perkembangan yang luar biasa. Honor sentiasa bekerja keras dan komited dalam memastikan keluaran terbaharunya menonjol dan mendapat sambutan.

Telefon pintar Honor itu akan menampilkan teknologi masa depan, reka bentuk yang segar dengan kelajuan yang dipertingkatkan. Ia juga dijangka akan lebih menyerlah berbanding telefon pintar lain yang tergolong dalam kategori serupa.

Layari  www.facebook.com/HuaweiHonorMY/ untuk maklumat lanjut.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini