Empat cara biasakan diri dengan kehidupan di tempat baharu

0
23

KEBANYAKAN daripada anda akan melalui proses perpindahan ke lokasi atau bandar baharu bagi mencari pekerjaan. Situasi ini sering dialami oleh graduan muda yang mula menapak untuk membina karier selepas tamat pengajian.

Tidak dinafikan, ia bukanlah proses yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu tentang selok-belok bandar yang bakal anda huni. Berikut merupakan empat cara mudah untuk anda membiasakan diri dengan kehidupan di tempat baharu:

1) Elakkan menaiki kenderaan awam, jika anda mahu ke kawasan berdekatan. Cara paling mudah untuk mempelajari tentang kawasan tempat tinggal baharu anda adalah dengan berjalan. Selain percuma, ia dapat memberikan anda nuansa berbeza berbanding menaiki bas, teksi atau tren.

2) Jangan malu untuk memperkenalkan diri.Hi, saya masih baru di sini.” Ucapan itu mungkin kedengaran sedikit janggal, namun penghuni tetap di bandar tersebut pastinya sudi membantu jika anda memerlukan pertolongan.

3) Gunakan kelebihan media sosial. Cari apakah yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat tentang bandar tersebut. Mungkin anda boleh mencari kafe atau kedai makan popular untuk menyertai trend terkini yang diamalkan oleh penduduk di bandar tersebut.

4) Katakan “ya” untuk setiap jemputan. Jangan bazirkan masa menonton televisyen di rumah pada hujung minggu. Jika rakan-rakan sepejabat mengajak keluar makan atau bersiar-siar, jangan lepaskan peluang tersebut untuk beramah mesra menikmati suasana baharu di kawasan tempat tinggal anda.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini