Cuba teka 12 alat tulis daripada Blackkiwi.Club yang cool ini

0
40

KEBANYAKAN kanak-kanak memang liat untuk mengulang kaji pelajaran atau menyiapkan kerja sekolah. Bagaimana mahu menarik minat mereka agar rajin belajar?

Kelengkapan alat tulis yang menarik boleh dijadikan alternatif bagi membentuk minat mereka. Rekaan unik daripada BlackKiwi.Club antara yang menyediakan kelengkapan alat tulis termasuk aksesori yang pasti mengujakan kanak-kanak.

Bahkan bukan sahaja anak kecil yang akan teruja, orang dewasa juga akan tertarik. Pepatung memilih 12 barangan jenama dari Hong Kong itu untuk tatapan anda. Bolehkah anda meneka fungsi barangan tersebut sebelum melihat gambar berikutnya?

1) Gincu atau pengilat bibir?

Adakah ini sejenis gincu atau pengilat bibir yang merupakan alat solek asas golongan wanita?
Tada! Sebenarnya ia adalah sejenis highlighter yang selalu digunakan pelajar untuk mewarnakan isi-isi penting di dalam buku atau nota.

2) Peralatan pertukangan rumah?

Apakah fungsi pemutar skru, sepana dan tukul besi ini sebagai alat tulis?
Ia adalah pen dan pensil! Lelaki mesti menggemari pen berbentuk playar ini. Sangat cool!

3) Macaroon?

Nampak sedap sangat macam macaroon betul, tapi ia tak boleh dimakan.
Jangan tertipu. Macaroon palsu ini sebenarnya adalah pad nota (notepad) mini.

4) Pencuci muka atau losen?

Kalau letak di bilik air, agak-agak ada tak yang tertipu?
Bekas alat tulis berupa pek produk kecantikan ini mungkin lebih diminati perempuan.

5) Pewarna kuku?

Comelnya pewarna kuku ini. Namun sayang ia bukan untuk diwarnakan pada kuku anda tau.
Ini sejenis lagi highlighter tau. Jadi jangan calit pada kuku!

6) Lego?

Seronoklah budak-budak main lego nanti tak buat kerja kan? Tapi ini bukan lego sebarangan.
Haa blok lego warna kuning (kiri) adalah sejenis highlighter, manakala yang berwarna-warni (kanan) pula berfungsi sebagai kalendar.
Ya, kalendar yang anda boleh ubah mengikut kehendak dan perlu susun setiap bulan ya. Kreatif bukan?

7) Keychain?

Kepada peminat panda, barangan ini mesti dijadikan antara koleksi. Beg duit (purse) silikon ini boleh dijadikan bekas menyimpan duit syiling.

8) Bekal makanan ke mainan masak-masak?

Wow bekas makanan ini lengkap dengan burger, kentang goreng, ais krim, sandwic dan air. Bekal makanan ke alat permainan masak-masak? Kalau kami beritahu semua ini adalah pemadam anda percaya tak?

9) Mop atau kain lap?

Item ini selalunya kita jumpa di bahagian peralatan dapur. Ada yang dijadikan mop lantai, penyapu ataupun kain lap.
Sebenarnya ia adalah bekas alat tulis. Sesuai untuk mereka yang tak mahu alat tulis hilang. Kawan-kawan pun tak berani curi sebab keliru.

10) Coklat?

Coklat yang tak boleh dimakan. Mereka yang tak suka subjek Matematik atau Prinsip Perakaunan boleh gunakan kalkulator ini. Sekurang-kurangnya kalkulator anda bergaya walaupun markah ujian tak berapa cantik.
Mereka yang rabun atau kurang yakin dengan kira-kira pula disarankan menggunakan kalkulator bersaiz besar ini. Tapi hati-hati takut kawan sebelah nampak jawapan anda.

11) Roti dan ais krim?

Eh bukan tau! Kedua-duanya merupakan pen yang dilengkapi magnet. Jadi ia boleh bercantum kalau anda takut hilang.

12) Beg biasa?

Nampak je dah ceria kan? Ini semua bukan beg biasa. Semua beg di rak ini diperbuat daripada silikon tau. Memang funky untuk perempuan.

Menarik bukan kesemua barangan Blackkiwi.Club yang kami senaraikan di atas. Terdapat banyak lagi kelengkapan alat tulis dan aksesori unik boleh anda temui di kedainya yang terdapat di Nu Sentral dan Pavilion Elite, Kuala Lumpur.

Barangan mereka juga boleh didapati di Isetan, Parkson dan Kinokuniya. Lebih 200 produk boleh anda pilih pada harga di antara RM10 sehingga RM200.

Info Blackkiwi.Club:
Laman web: www.blackkiwi.club
Instagram: @blackkiwi.club
Facebook: Blackkiwi Club
E-mel: info@blackkiwi.club

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini