Gaya Hidup

Cara menjadi individu berhemah ketika membayar tol

By  | 

PLAZA tol dan pengguna jalanraya memang tidak dapat dipisahkan. Jika dahulu bayaran tol hanya dikenakan sewaktu memandu pulang ke kampung (perjalanan jarak jauh), tetapi kini, banyak plaza tol dibangunkan bagi memudahkan pemandu untuk sampai ke destinasi selain memendekkan masa perjalanan.

Ironinya, permulaan lebuhraya boleh bertukar sesak gara-gara sikap pemandu yang kurang berhemah. Bagi melicinkan perjalanan, Pepatung mengumpulkan beberapa perkara yang perlu dielakkan sewaktu mahu membuat pembayaran di plaza tol:

1) Pastikan duit kecil sudah tersedia di kocek tepi kereta bagi memudahkan urusan pembayaran. Cuba elakkan daripada mencari duit untuk dibayar selepas anda memberhentikan kenderaan di booth tol.

2) Gunakan kemudahan kad Touch N Go atau SmartTag. Dua kemudahan tersebut berupaya membantu anda untuk lari daripada kesesakan ketika waktu puncak.

3) Simpan kad Touch N Go dan SmartTag di tempat yang betul. Anda akan membuat pemandu lain naik berang apabila anda terkial-kial mencari kad tersebut di dalam beg tangan.

4) Pastikan anda mengikuti laluan yang betul. Jika anda ragu-ragu laluan manakah yang perlu diikut, dan pada waktu itu kereta terlalu banyak, pilih laluan paling kiri dan beratur. Anda akan terus ke booth tanpa perlu mencilok dan menyebabkan kemarahan pemandu lain.

5) Sabar. Jika keadaan di plaza tol sesak, pastikan anda bersabar dan elakkan memotong barisan. Jika semua berbuat perkara yang sama, keadaan akan bertambah buruk dan ia mampu memperlambatkan masa perjalanan anda.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *