Cara Mencari Teman Lelaki Untuk Gadis Pemalas

0
16

TIDAK dinafikan, melalui fasa single merupakan senggang waktu yang paling menyeksakan bagi kaum wanita. Apa tidaknya, melihat pasangan-pasangan yang asyik bercinta ketika berjalan-jalan di Pavilion pasti menjadikan hati anda tidak senang dan cemburu.

Mencari pasangan pula bukanlah perkara mudah. Bahkan, tidak semua pasangan yang dicari melekat sehingga ke jinjang pelamin. Lebih-lebih lagi apabila mereka yang mencari itu terdiri daripada golongan berkerjaya yang tidak mempunyai masa untuk keluar berpacaran.

Berikut adalah beberapa langkah yang disusun oleh Hallie Gould mengenai langkah mencari teman lelaki dengan cara yang paling mudah.

Langkah 1: Hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) secara pukal.
Umumkan kepada semua rakan-rakan yang tersenarai dalam telefon pintar tentang status terkini anda. Ia penting bagi memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda bahawa anda sedang mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Mana tahu kawan kepada kawan anda kenal seseorang yang juga masih single?

Langkah 2: Stalking!
Heh, semua orang pernah mengintip orang yang diminati menerusi lama sosial. Jika akaun Instagram milik lelaki idaman anda tidak dikunci, apa kata ringan-ringankan jari untuk like beberapa keping gambar si dia. Mana tahu, si dia perasan dengan kehadiran anda.

Langkah 3: Berpacaran di tempat kerja.
Tiada apa yang lebih malas daripada mencari teman hidup di tempat kerja. Apabila karier menjadi keutamaan, tempat kerja merupakan salah-satu tempat terbaik untuk memilih pasangan hidup.

Langkah 4: Jika semuanya gagal, kenakan t-shirt ini:

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini