Gaya Hidup

Cara hidup bersama suami pemalas

By  | 

ANDA seorang pembersih, sering mengemas rumah dan suka melihat bilik dalam keadaan teratur. Walapun penat, rutin mengemas sudah dianggap seperti terapi yang perlu dilakukan saban hari. Namun, selepas mendirikan rumah tangga, kehidupan anda terus berubah. Suami anda tidak berkongsi hobi dengan anda.

Katil dibiarkan bersepah hingga ke malam, pinggan mangkuk tidak bercuci dan botol kosong dibiarkan dalam peti sejuk – situasi-situasi ini yang sering anda hadapi setiap kali pulang ke rumah. Bagaimana untuk berurusan dengan individu seperti ini? Pepatung ada jawapannya:

1) Cuba fahami, bukan suami anda seorang sahaja yang mempunyai masalah berat tulang. Hanya kerana tingkah laku anda lebih diterima masyarakat, tidak menjadikan dia sebagai individu asing dalam masyarakat. Ia adalah hakikat bahawa tabiat anda tidak serasi dengan rutin hariannya.

2) Cuba menerima kenyataan bahawa hidup anda ‘tidak’ boleh sesempurna dulu. Jika anda menyayangi si pemalas itu, anda perlu menerima dia seadaanya. Sebelum anda terfikir untuk melalui fasa berlainan dalam hidup, satu perkara yang perlu diambil kira adalah perubahan. Jangan kahwini lelaki itu jika anda rasa dia tidak sempurna di mata anda.

3) Cuba jangan mengubahnya. Mengarah dan membebel bukan jalan penyelesaian. Cuba mengajaknya mengemas bersama. Cara ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada anda untuk memahami hati si dia, malah dia juga dapat belajar rutin mengemas anda.

4) Jangan bercakap tentang masalah ini di tempat awam, khususnya restoran. Jika mahu berbicara tentang masalah tersebut, cuba elakkan berbincang di dalam restoran. Ia tidak akan diselesaikan dengan baik. Tunggu sehingga ada berdua pulang ke rumah.

5) Bincang tentang masalah anda dulu. Jika anda mahu berbicara tentang sifat malasnya, apa kata anda memulakan perbincangan dengan obsesi and terhadap kebersihan. Dengan cara ini, si dia tidak akan cuba untuk mempertahankan masalahnya dan ia akan menjadi masalah yang dikongsi bersama.

6) Rancang cara penyelesaian. Cuba rencanakan sebuah pelan bagi membolehkan si dia ingat untuk mengemas. Letakkan notifikasi pada telefon dengan nota: “Jangan lupa buang sampah” atau “Sangkut baju dalam almari” agar si dia tidak mudah terleka.

7) Lupakan perkara-perkara kecil. Untuk permulaan, lupakan jika si dia tidak mengikut rancangan yang ditetapkan. Ingat, rumah tangga adalah sebuah dunia kecil yang memerlukan kesabaran dua pihak dalam menjaganya. Justeru, tidak perlu tergesa-gesa untuk mencapai matlamat jika tiada persefahaman dicapai.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *