Cara Bersiap Pada Waktu Pagi Untuk Gadis Pemalas

0
30

KADANG-KALA, bersiap ke pejabat merupakan satu rutin yang memenatkan. Selain terpaksa berdiri di hadapan almari pakaian selama 15 minit untuk memilih busana yang tepat digayakan pada hari tersebut, sesetengah individu terpaksa bangun awal semata-mata untuk bersolek mahupun menyediakan sarapan.

Kalau anda bukan seorang morning person, kami sedia membantu untuk bersiap pada awal pagi dengan cara yang mudah!

1. Pilih pakaian yang ingin dipakai pada sebelah malam
Ia kedengaran agak klise, namun ia membantu anda menjimatkan masa ketika bersiap ke pejabat. Periksa jadual anda. Pastikan anda tahu bilakah tarikh penting seperti mesyuarat atau lawatan mesra ke pejabat cawangan. Dengan cara ini, anda akan mudah mencapai pilihan busana dengan mudah tersebut tanpa berfikir panjang sebelumnya.

2. Serum dan topeng muka
Selepas mencuci muka, oleskan serum pilihan atau topeng muka sebelum anda masuk tidur. Menerusi cara ini, kadar kelembapan serta ketegangan tekstur kulit dapat dikembalikan semalaman. Justeru, anda tidak perlu bersolek tebal sebelum keluar rumah menuju ke pejabat.

3. Skip the hair dryer
Meniup kering rambut pada sebelah pagi sememangnya memakan masa. Bosan dengan gaya ponytail, tocangkan juraian rambut anda pada malam hari agar pada keesokannya, rambut anda akan berombak dan beralun seperti baru mendapaatkan blowout di salon.

4. Pilih sarung bantal yang betul
Ya, sarung bantal yang diperbuat daripada sutera mampu menjadikan rambut anda lebih terurus pada keesokan paginya. Frizz-free hair and you’re ready to go!

5. Sediakan sarapan pada waktu malam
Salah satu menu yang paling senang untuk disediakan adalah chilled oatmeal. Bancuh empat sudu oatmel bersama air panas atau susu rendah lemak. Potong buah-buahan pilihan seperti epal atau kiwi secara dadu. Letakkan dalam sebuah mangkuk atau balang dan simpan dalam peti sejuk. Esoknya, anda boleh bersarapan tanpa membuang masa untuk menyediakan hidangannya terlebih dahulu.

Kredit gambar: Getty images

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini