Gaya Hidup

Cara bergaul dengan rakan yang berpendapatan lebih tinggi daripada anda

By  | 

PEPATAH ada menyebut, berkawan biarlah beribu. Begitu juga dengan kehidupan kita sehari-hari. Sejak di universiti, kita pasti mempunyai circle of friends atau rangkaian sahabat yang setia bersama walau dalam keadaan susah dan senang. Namun, apabila masing-masing telah berkerjaya, pastinya haluan hidup akan berubah.

Perubahan yang paling ketara adalah apabila teman-teman rapat mendapat pekerjaan yang bagus dan dibayar dengan gaji yang lebih tinggi daripada anda. Semestinya anda akan berasa sedikit ‘kecil’ apabila keluar shopping atau makan malam dengan mereka. Namun, usah khuatir. Rakan anda tetap rakan sejati, cuma ada beberapa cara yang perlu anda teliti supaya persebahatan anda bebas daripada sebarang masalah dan drama. Bagaimana? Pepatung ada jawapannya:

1) Tidak perlu lepak banyak tempat
Apabila tibanya hari Jumaat, pastinya notifikasi dan nada dering group Whatsapp anda tidak berhenti daripada berbunyi. Kebanyakan rakan-rakan anda akan merancang untuk keluar makan malam seterusnya lepak sambil minum kopi di sebuah kafe di ibu kota. Jika anda tidak mahu membayar harga makan malam yang mahal, apa kata balas mesej rakan-rakan anda itu: “Sorry guys, I tak boleh join dinner. Tapi text me when you guys get to the cafe. I’ll meet you guys kat situ.” Tiada drama.

2) Beri cadangan
Rakan anda mungkin sudah terbiasa dengan cara hidup yang agak mewah. Justeru, mereka mungkin tidak perasan bahawa harga makanan di restoran yang dipilih telah melangkaui bajet harian anda. Jika rakan anda bercadang untuk keluar makan di Kafe A tetapi menu di Kafe A terlalu mahal, anda tidak perlu menolak mentah-mentah. Sebaliknya, anda boleh mencadangkan kafe-kafe lain. Seperti: “Apa kata kita lepak dekat dengan rumah I. Kafe W?” Cuba susun ayat supaya rakan anda tidak terasa hati.

3) Apabila tiba musim memberi hadiah, pilih dengan sentuhan peribadi
Hari jadi, graduasi, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, bridal showers, baby showers… kadang-kala, berkawan juga memerlukan kita kerap mengeluarkan belanja! Tetapi, anda tidak perlu berhabis semata-mata mahu duduk di dalam kumpulan rakan anda itu. Beri sesuatu yang lain daripada lain, bukan apa yang ada di kedai hadiah atau di pusat beli-belah. Jika anda suka mengemas, tawarkan diri untuk menyusun atur perkakasan atau dekorasi ketika sambutan hari jadi. Pandai masak? Boleh bikin kek atau biskut yang dibuat khas untuk hari jadi teman anda. Ia pastinya lebih bermakna.

4) Berterus terang atau tidak
Seorang rakan yang baik akan sentiasa bertanya tentang perkembangan hidup anda. Lebih-lebih lagi apabila anda sedang mencari pekerjaan baharu. Jika anda tidak mahu bercerita tentang hal peribadi, itu hak anda. Namun, jika anda benar-benar mengharapkan pertolongan, anda mungkin boleh bercerita selanjutnya kepada rakan anda. Jangan malu, rakan anda cuba untuk membantu dan balas jasanya dengan kejujuran.

5) Fokus pada masa yang dihabiskan, bukan aktiviti
Jika anda dan rakan baik anda gemar mendapatkan rawatan kuku setiap hari Ahad dan kebetulan gaji belum dibayar, apa kata jemputnya datang ke rumah dan buat rawatan tersebut secara diy. Pastinya dia akan bersetuju! Sebab, apa yang dia mahukan adalah menghabiskan masa bersama anda, bukan berbual tentang warna kuku apa yang sedang hangat ketika ini.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *