TRADISI menutup Kaabah dengan kelambu atau kiswah sudah berlaku sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi. Namun pada ketika itu, kiswah tersebut tidaklah berbentuk seperti hari ini, iaitu mempunyai kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran.

Kiswah pada zaman dahulu merupakan kain-kain berwarna-warni dan melintang dari atas ke bawah. Ketika zaman pra-Islam, setiap zaman pemerintahan khalifah adalah berbeza dengan corak kiswah tersebut.

Selepas kedatangan Islam, tradisi memakai kelambu Kaabah masih diteruskan dengan sentuhan yang dapat kita lihat pada hari ini. Ia berwarna hitam dengan tulisan khat menggunakan benang emas. Corak dan reka bentuk itu diperkenalkan ketika zaman pemerintahan khalifah Abbasiyah ke-34, al-Nasir.

Pada abad ke-12, kiswah diperbuat dari kilang di Mesir dan diimport ke Mekah menggunakan rombongan haji yang akan berangkat dari Kaherah. Hanya pada tahun 1927, barulah kilang tersebut berpindah ke Mekah.

GDNONLINE

Sebanyak 670kg kain sutera tulen dan 120kg benang emas digunakan untuk menjahit tulisan khat ayat-ayat suci al-Quran. Difahamkan sekitar 20 juta Riyal didermakan oleh kerabat diraja Arab Saudi untuk proses pembuatan kain kiswah.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini