Melayu yang terpisah jauh

0
47

MASYARAKAT Melayu yang telah terpisah jauh dari kepulauan Melayu antaranya terletak di benua Afrika Selatan dan benua Australia.

Melayu di benua Afrika dikatakan berhijrah dan menetap di sana sejak kurun ke-17. Mereka terdiri daripada golongan diraja atau bangsawan, ulama, rakyat merdeka termasuk hamba.

Rata-rata mereka merupakan individu yang dihukum buang negeri oleh penjajah Belanda suatu ketika dahulu.

FOTO / IMPIANKU BLOGSPOT

Antara golongan atau tokoh bangsawan yang dibuang negeri ialah Raja Ahmad dari Ternate (Indonesia), Raja Madura, Daen Mangenan dari Makassar (Indonesia), menantu Sultan Pakubuwono manakala lapisan ulama yang dibuang negeri ialah Sheikh Yusuf, mufti kerajaan Banten (Indonesia) dan Imam Abdullah Kadi Abdussalam.

Kehadiran rumpun Melayu di benua Afrika Selatan telah mempengaruhi pola masyarakat di sana. Penyebaran agama Islam berkembang luas di bumi itu. Menjelang abad ke-19, penggunaan bahasa Melayu semakin memudar dan tidak lagi digunakan secara meluas oleh etnik Melayu di Cape Town.

FOTO/QUORA

Etnik Melayu ramai yang menetap di Malay Quaters atau lebih dikenali dengan nama Bo-Kaap. Biarpun identiti etnik Melayu di sana semakin terhakis, tetapi tidak bagi penduduk Melayu di kepulauan Krismas di Australia.

Mereka tinggal di Wilayah Pulau Cocos (Keeling). Majoriti mereka beragama Islam-Sunni dan berasal dari tanah jajahan British iaitu Tanah Melayu (Malaysia), Singapura dan sekitarnya.

Pada tahun 1974, sebahagian penduduk di situ berhijrah ke barat Australia seperti Perth dan bandar-bandar berhampiran kerana peluang pekerjaan yang lebih cerah.

Walaupun tinggal dalam persekitaran dominasi Inggeris, kebudayaan Melayu masih dikekalkan. Antaranya adalah penggunaan bunga manggar dan kompang serta baju tradisi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini