Maksud tersirat ikatan samping dan cara-cara ikatannya

0
62

SAMPING yang merupakan pelengkap baju Melayu merupakan sejenis kain sarung yang dipakai dari paras pinggang hingga paras lutut. Kadangkala ia dipakai menggunakan kain pelekat atau kain tenunan songket.

Jika dipakai di atas lutut, ia menandakan si pemakai masih bujang. Jika di pakai bawah lutut pula, lelaki itu sudah berkahwin. Namun, jika seseorang itu sudah berkahwin dan memakai di atas paras lutut, mungkin si pemakai berhasrat untuk berkahwin lagi (para isteri sila perhatikan samping suami anda).

Demikianlah terperincinya maksud tersirat budaya Melayu. Sehingga ingin menyampaikan sesuatu maksud pun berseni. Lazimnya, terdapat tiga ikatan asas untuk kain samping, sama ada untuk menghadiri upacara perkahwinan, perayaan atau majlis rasmi.

Antara contoh-contoh ikatan adalah, ikatan P.Ramlee, ikatan cara anak raja lama dan ikatan biasa.  Saksikan sedutan video di bawah bagi memberi inspirasi ikatan samping ketika Aidilfitri nanti.

SUMBER : Heritage Govt

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini