Budaya

Maksud simbol bulan dan bintang dalam Islam

By  | 

SIMBOL bulan dan bintang yang kebanyakannya terdapat di masjid atau lambang bendera bagi negara-negara Islam telah digunakan sejak zaman empayar Uthmaniyyah lagi.

Simbol bulan membawa maksud kekuasaan empayar khalifah Uthmaniyyah dari timur ke barat, manakala bintang pecah lima merupakan simbol kekuasaan kepada kota Istanbul, Turki.

FOTO / TANDA PAGAR

Simbol tersebut juga menandakan keagungan dan kekuasaan Allah yang meliputi alam semesta. Selain itu, simbol bulan sabit juga menandakan permulaan kalendar bulan baharu Islam.

Bintang pecah lima turut melambangkan rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.

Meskipun simbol bulan dan bintang tidak terdapat dalam syariat Islam, al-Quran mahupun hadis, namun penggunaannya berterusan melestarikan lambang kedaulatan Islam.

Ramai berpendapat bahawa simbol bulan dan bintang merujuk kepada simbol amalan animisme sejak zaman Arab jahiliah. Bagaimanapun, fungsi simbol tersebut bukanlah untuk disembah atau dipuja.

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *